Thursday, 9 August 2012

Find and Share


Assalamualaikum.Salam Ramadhan. Alhamdulillah, nampak nye kita sudah masuk fasa yang ketiga dalam bulan Ramadhan. Iaitu sepuluh malam terakhir. Hari ini dah masuk hari ke-21 dalam bulan Ramadhan. Ramadhan sudah nak hampir ke penghujung nye. Cepat betul masa berlalu. Salah satu malam dalam 10 malam terakhir juga merupakan malam lailatul qadar. Harap kita dapat memperbanyak kan amalan pada malam2 terakhir ini. 
In sha ALLAH. 







Surah Al-Qard dan maksudnya

Okey2..balik ke motip asal entry kali neh. Hari itu aku ada cakap nak cerita pasal Sheikh Mohammad kan? orite. Aku nak sambung cerita pasal dia yang berasal dari Somalia. Somalia memang terkenal dengan isu2 krisis makanan. Masa mula2 dia nak start cakap, aku tertarik dengan ape yang keluar dari lidah dia. Bila dia cakap - uhibbu malizia- maksud nya ape???? haaaa~~ maksud nya -saya suka Malaysia- Sheikh Mohamad neh bagi ceramah dalam bahasa arab. Dalam banayak2 tu, yang paling aku paham. tu je. Tapi ade la Ustaz kat sebelah dia, tolong translate kan untuk ktorang. Kalo tak, melopong je la sume kan.

Okey, aku nak ringkas kan ape yang dia dah cakap hari tu. Dia bercakap pasal ilmu. Ilmu tu harus dicari. Sekarang nie, macam2 teknologi ade untuk mendapatkan ilmu. Dulu tu, yela kan, guna buku2 dan kitab2 je. Sekarang neh, pegi je tanye incik google ape2 soklan, kompem dia jawap, Paling kurang pun, keluar page error, Tu je. Haha!! 

Orang Islam harus mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Nak tau lebih lanjut, boleh la cari kat kitab2 yang berkenaan atau tanye incik google pun buleh. Tapi pasti kan ilmu tersebut sahih tahap ketepatan info nya. Pastu, lepas kita da tau pasal ilmu tersebut, kita kena kongsi. Supaya untuk kebaikan bersama. Kita kena kongsi ilmu yang kita ada untuk dikongsi dan dikembang kan. 

Ilmu tu tak semesti nya ilmu agama je, tapi kita patut jugak tahu ilmu2 duniawi macam accounting, marketing, history dan sebagai nya. Ini untuk kebaikan diri dan masyarakat. Kita akan berdosa sekira nya kita tidak mempelajari ilmu2 tersebut kerana kita membiarkan hidup kita dalam kejahilan.

Okey, cukup je la samapai sini. Hari ini macam nak pergi bazar kat bandar. Dah jemu da makan makanan kat foodcourt depan neh. Hari2 menu dia sama je.

*Pesaan penaja (pesanan untuk diri sendiri juga): 
Jangan membazir mase membeli belah kat bazar tu. Beli ape yang rasa perlu je. Jangan ikut nafsu. Membazir tu amalan syaiton. Syaiton dah takde bulan ramadhan nie, jangan korang pulak ganti tempat syaiton suda.



PEACE!
SALAM.

Tuesday, 31 July 2012

Air Mata Palestin pada 11 Ramadhan

Assalamualaikum..salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..Aku masih diberi kudrat untuk berpuasa pada hari ke-11. Ermmm..ape ye nak cte td? da lupe plak..haha! Hah! ingat da. ekeke..saje je tadi. Sebenar nye aku tengah menaip dalam gelap..wah! hebat tak? Mesti lah tak kan! haha,,Ape pun tak boleh!

Masa aku nak pergi terawikh tadi, aku tibe2 nak bawak duit. So, yang ade pun RM10 je.* Banyak giler aku bawak* Aku ingat pas terawikh, aku nak pegi rembat makanan yang ade kat Intan food corner (IFC) *mcm tu lah kot name dy, aku pun tak tau. hentam sudeh* Lagi pun, foodcourt neh, depan kolej aku je..Bape langkah je, da sampai. Lagi lah, membuak2 jiwa kau nak ke sane kan.

Mase solat Isyak tadi, sang imam yang mengimam kan solat Isyak tadi, slow sikit, Tak sepantas selalu. Lepas abis solat Isyak, dorang cakap yang mengimam kan solat tadi sebenar nye jemputan khas Uitm. Uitm da jemput 2 orang yang seorang nya datang dari Gaza, Palestin. Dan lagi seorang, dari Somalia. GLUPPP! *telan ayaq liur jap aku dibuat nye*

Sheikh Zahir- dari Gaza, Palestin (mcm tu kot eja name dia)
Sheikh Mohammad- dari Somalia

Masha ALLAH. Memang sedap suara dorang ble baca ayat2 quran. Lepas terawikh, dorang kne bagi tazkirah sikit. Tapi Sheikh Zahir neh, dy tak tau nak cte ape sebenar nye. Then, dia decide dia nak cte pasal keadaan sebenar di bumi Palestin. Suara Sheikh zahir neh, seperti dalam ketakutan. Berbanding dengan Sheikh Mohamad, lantang pabila bercakap.

Sheikh Zahir neh sebenar nye adalah salah seorang tawanan di Palestin. Dia baru di bebas kan 8 bulan yang lepas dengan menggunakan sistem ape ntah. aku tak bpe ingat. So, dia antara 400 orang Gaza yang telah dibebas kan oleh tentera Israel. * Kalo google, incik google cakap 1,000 lebih orang je yang dibebaskan, tapi hakikat nye, cume 400 orang sahaja* Dia pernah dipenjara sambil berdiri selama 4 bulan. Bayang kan!! kite neh, baru diri bape minit tunggu turn beli coolblog da mengeluh. Cube bayang kan keadaan dia.  Masa dia dipenjarakan oleh tentera Israel, dia telah menghafal al-quran dalam masa tempoh tawanan tadi.

Sheikh Zahir cakap dekat Gaza, orang2 kat sane memang bersemangat habis-habisan untuk menentang Israel. # sebab dorang berpegang pada konsep - fisabillillah (berjuang kerana ALLAH) # Sampaikan budak2 kecik pun,  bersemangat sama macam orang dewasa. Orang muslim nak mempertahankan Masjidil Aqsa. Tentera Israel akan menyekat orang2 muslim dari masuk ke masjidil Aqsa untuk beribadat. Tapi tentera Israel akan membenar kan orang2 yahudi beribadat dekat geraja2 yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa.  Sungguh Zalim yahudi laknatullah tue. Nyawa orang2 muslim tu tak payah cte la kan, sesenang mcm tu je dorang bunuh tanpa belas kasihan.

Sesiapa yang sudah keluar dari Gaza, Palestin, dorang dah tak dibenarkan masuk balik ke sana. Kalau nak masuk sekali pun, dengan kapal terbang atau jet pejuang. Tentera  Israel jugak, pernah menyerang dorang dengan menggunakan tebakan dari jet2 pejuang. Masha ALLAH. Sayu jugak aku dengar bile dia bercerita. Sheikh Zahir cakap yang tentera Israel sebenar nye telah mendapat bantuan dari negara2 Eropah seperti USA. So, kekuatan dari segi tentera, senjata api, jet2 pejuang telah menolong tentera Israel untuk bertahan disana. Tapi, tidak mengapa. Senjata paling tajam bagi umat Islam adalah doa, Same2 lah kite berdoa semoga Palestin kembali aman dan umat Islam mendapat kan kembali Masjidil Aqsa di Palestin.

Memandangkan mase sekejap je, so dia dapat cte sikit je la pasal Gaza. Mungkin klo lagi lame disitu, mungkin lagi banyak cte dia akan kongsi. Nak jadikan cte, mase tengah terawikh tu, tibe2 blackout. Takde lektrik. Tapi Alhamdulillah, terawikh tu dapat juga di habiskan. Waktu tazkirah tu pun, ktorang bertazkirah dalam gulap berteman kan cahaya lampu kecemasan. Sheikh zahir neh, nampak lagi muka dia. Tapi sheikh Mohammad cuma nampak gigi je. Haha! Tapi takpe, perbezaa warna bukan ukuran nya. Semua sama sahaje di sisi ALLAH. Yang dikira cuma amalan kita.

Terima kasih sebab membaca.


#Sebelum balik, pihak masjid ade mintak sumbangan utuk mereka bawa balik ke Palestin dan Somalia. Rupa2 nya, rezeki untuk mereka sebenar nya. Aku tulis bukan untuk bermaksud untuk menunjuk2 dan jauh sekali dari perasaan riak. Tapi tengok lah rezeki untuk mereka sebenar nya.#

#Kalo nak dibandingkan aku yang mampu nak makan nasi tomato yang sedap tu, tapi dorang hanya mampu makan ape? itu persoalan nya.# 

*Kisah sheikh Mohamad nanti aku sambung next entry pulak eh. Dia neh kelakar sebenar nye.*

Salam.


















Tuesday, 24 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Alhamdulillah..ALLAH masih beri aku daya dan upaya untuk berpuasa di bulan ramadhan kali ini. Hari nie da masuk hari ke-4 umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Semoga bulan Ramdhan nie dipenuhi dengan amalan2 kite kepada-NYA. In sha ALLAH. 

Hari nie baru sampai Segamat. (Sedih je bile sebut Segamat tu..haha.sebab tak rela) Sepatut nye semalam lagi aku patut ade kat sini. Tapi di sebabkan makan besar punye pasal, peduli ape kan. Terime kaseh kepada yang sponser aku punye makan besar malam tu. Jasa mu akan ku kenang sampai bile2. Klo bleh, blanje lagi..haha!

Name lam IC aku mmg Cik Bunga Syiha..haha!
Aku saje je wat eksperimen kt TBS tadi, gune name FB aku kat tiket bas. Sekali jadi lah! Melompat girang hatiku.

Sesampai je aku kat Segamat, aku pergi mendapat kan "my baby" untuk ditunggang. Perghhh..sempat lagi kau round2 1 Segamat, tgk Pasar Ramadhan yang ade kat Segamat neh. Nampak nye, bazar Ramadhan kt sini meriah jgk. Tapi org yg datang pun meriah jgk. Sangat sesak. So, aku pegi yang dekat2 umah aku je la jawab nye. Nie lah pertama kali berbuka puasa sorang2, pastu kat Segamat pulak tu. Haishhh~~ tapi tak pe la kan.

Malam nye, sempat la singgah dekat surau berdekatan dengan rumah sewa. Dapat lah menunaikan Terawikh untuk sekian kali nye. Sangat best dan seronok! Sebab dah lame tak berkesempatan nak terawikh. Akhir nye, dapat jugak. Alhamdulillah. Harap2, ia nye berterusan. In sha ALLAH.

Okey, kat sini aku nak selit kan sikit fadhilat (kelebihan) terawikh di bulan Ramadan ini.



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”


Semoga ape yang aku share nie dapt beri manfaat kepada aku dan orang yang membaca nye. In sha ALLAH.


#Makan besar kat dewan Felda kat Jalan Semarak. Ye, sebesar dewan itu, sebanyak itu jugak makanan di situ. Makan banyak sangat, sampai drive pun macam di awang-awangan je. Haha..#



Saturday, 14 July 2012

Bebas..bebas..bebas



Assalamualaikum







Pada tanggal 13 Julai 2012, maka dengan itu aku telah bebas dari segala ape jua bentuk assignment, test, quiz, presentation dan seangkatan dengan nya. Untuk sementara waktu je, sem depan ade lagi!



Habis suda!



Fuhhh! Semester nie sangat2 lah menguji tahap kekentalan dan kegagahan aku *macho giler ayat kau* sebagai seorang student. *Nak muntah berdarah bile bace balik* Tapi ape2 pun result yang bakal muncul nanti, aku terima dengan seadanya setelah berusaha.Aku pun tak tau nape sem neh, sonok sangat ble da abis exam. Sebelum2 neh hepy jugak, tapi tak se"happy" macam sem neh. 




Firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :
  
"Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” 







Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud :


“ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “


Ape-ape pun,aku mau balik ke hometown dengan jiwa tenteram. *Tenteram la sangat, pasneh nak mengelabah pasal result pulak kan*




HAPPY HOLIDAY TO ALL MY FRIEND!


Wednesday, 4 July 2012

Exam itu sangat Scary!

ASSALAMUALAIKUM.

Ape khabar? sehat? harap sume nye okey2 je..InsyaALLAH. Lame rase nye tak menjejak kaki kat sini. Sibuk dengan final exam. Final exam aku start 27hb hari tue lagi. Tak sabar nak habiskan exam nie cepat2. Malas nak stress2 dah. 

So, sempena dengan musim exam yang telah melanda aku neh, maka aku dengan sukacita ingin bercerita pasal exam sikit. Aku pun bukan lah pakar motivasi macam Dr. Fadzilah Kamsah (kadang2 orang panggil dia Dr. Fadzilah Come to me..hahaha..Johan(Jozan) yang cakap, aku tak cakap ape2..) tu. Tapi sekadar ingin berkongsi je. 


Lokasi : Dewan exam.
Waktu : 9.00 a.m


Orang ramai dah amik port masing2..aku baru nak cari port untuk mengerah segala ilmu yang ade. Tapi time masuk tu, mesti la masuk dengan bergaya. "On GPS and scanning"..cari tempat yang takde orang duduk lagi..


On GPS and scanning.. wink~~ wink~~

Sini lah!
Okey..okey..da jumpe dah..dah boleh OFF kan GPS tu. "Nie la THE BEST MEJA EXAM FOREVER!!" berkata dalam hati plus dengan neves n mengigil2..(Betapa riak nye time nie)


Lelaki berkot biru : hey bro! neves ke? rileks la. kacang je kot paper neh..

Tengah neves2 tu, orang sebelah ajak berborak pulak..rileks..rileks..cool..jangan nak mengelabah sangat..

Jentik2 la sikit sampah sarap, serpihan pemadam yang ade kat atas meja tu bagi nak menghilangkan neves berserta dengan muka yang bersunguh-sungguh.

Sementara nak tunggu exam start, so keluar kan lah ape yang patut..Segala stationery yang ade tu keluar kan je..

Aku ade bawak banyak pen..ko ade???

Peneman time idea tengah kering, tadaa~~ PINK PANTHER!!

Pink Panther, do not go anywhere okey?? You just sit here..and one more thing, don't notty2 arasso..(Dengan Pink Panther kena speaking sikit, sebab dia tak paham bahasa sikit..dia tak paham bahasa melayu lah..)

Manusia biru nie juga perlu, time2 terdesak..

Bile da masuk dewan exam tu, buat la ape yang patut kan..asah pensil ke..perghh, pensil kayu sangat fofuler masa zaman2 UPSR dan PMR dulu...


Sedang gigih men'sharp' kan pensil sampai mengigil..muahahaha~~

Kalau ade 5 batang pensil, lima2 la kau asah kan..amik ko~~ pensil ko kan, suke ati la nak buat ape pun...


Bergurau dengan Pink Panther..


Hey,Pink Panther..what are you doing?? Don't neves2 okey..rileks like me..muahaha hakhak~~ (pasti kan bace dgn tepat dan berintonasi). Konon nak hilang neves, kacau la si Pink tu..Ish, lambat betul nak start exam nie..


Sekarang baru kau nak neves kan..tadi ko cakap ape kat aku hah lelaki berkot biru??


Dah habis kacau Pink Panther, kacau orang sebelah pulak..tadi dah la berlagak..tadi ko cakap ape? kacang? kacang ape? kacang kuda? kacang hijau? kacang merah? (senarai kan lah segala kacang yang ade di muka bumi ini) Arghhh..suda lah! muahaha hak hak hak~~

Cara terbaik nak hilangkan neves..Muka Bro sebelah cuak giler..


Lelaki berkot biru mula start cuak, neves, mengelabah, takut.. (macam2 lelaki berkot biru tu rasa)..Maka, untuk hilangkan cuak, dia mula tenung pen di hadapannya itu. Tenung je..sebab da tak tau nak buat ape dah..cool..cool..jap lagi nak start da...


Maka bermula lah exam~~


Bila dah dibenarkan menjawab exam..selak lah soklan exam tu. Tapi sebelum tu, jangan la gelojoh sangat, amik la pen tu dulu..Bismillahirohmannirohim~~ 


Alah~~ neves la..tak nak tengok soklan exam boleh tak?? tolong lah..tolong lah..


Hah???? @#%&*!

#$%&!@*#^&@%#&^%$#@! Gulp..Gulp..
Soklan ape neh?? Apsal aku tak tau ape2 neh?? dah la tak faham..Habis lah aku tak leh jawab dah nie..Bile tak leh jawab, mesti fail..Bila fail, pointer pun lingkup..bila lingkup, gelap masa depan..Gulap gelita~~ oh no! ape aku nak buat neh? tolong2..pink panther, help me..blue man, bla bla bla...$@&$%^@*%#!*()&^$%#@!^%!*^#%*&^%$...

My future was dark (masa depan gelap)


Ape nak buat nie?? uwaaaaa~~~ so sad..Again, my future was dark..no..no..


Hah! dah dapat satu idea..genius!!


Yes, aku mesti pikir kan sesuatu neh..pikir..pikir..yes! dah dapat satu idea...


Ape je la bro sebelah neh conteng kat kertas dia! huh! stress! stress!

Panjang2 pulak dia tulis..Perghhh~~ saiko! saiko! saiko! tak boleh jadi nie..aku nak buat ape nie...(muke da memang gelabah + perangai pun nak mengelabah jugak + nak tiru pun mengelabah jugak..sume nak mengelabah time nie..)


Try jeling2 sikit..mane tau dapat..klo dapat, rezeki..


Try jeling2 kat ketas jawapan Bro sebelah..mane tau leh dapat jawapan ke..Tu lah, orang dok sibuk2 study, ko dok buat ape..tido kan..sekarang baru nak menyesal..MENYESAL IS LATE..(rosak bahasa dibuat nye) Penyesalan dah terlambat! Arghhh~~ lagi sikit nak nampak..lagi~~ lagi~~

Bro kot biru: hoi!! ko watpe? ko nak tiru eh??

Mane ade tiru lah!(Sambil wat muke seposen + muka slamber) la..la..la..la..la..ape eh jawapan dia?? (tengah buat2 fikir,padahal hal tak pun)


Tengok2..aku tulis jawapan aku sendiri tau..mane ade tiru..Lu jangan main tuduh2 Bro!


Masak lah aku..nak kantoi dah tadi..nasib dapat cover balik..Rileks..rileks...


Yes! Pandang sane lame2..sampai esok pun takpe..aku  tak kesah..


Ini lah masa yang ditunggu2 dari tadi...pandang lah kau disana lame2..yeaahh~~ yeahhh~~ aku nak tiru...ape neh?? ko tulis ape neh?? (muke sembelit keluar, sebab tak paham..amik ko!) kat kertas Bro sebelah tu..&%!#@*$#*%$@!%$#&*%$#!..What the TETTTT ~~~(Perkataan itu telah di sensert kan untuk kebaikan bersama..)

Tak nampak la...pe benda lah bro kot biru neh merepek2 kat kertas dia neh...tak leh jadi nie..takpe2..Bak kata pepatah seseorang, "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"


Bro, bagi aku tiru jawapan ko..Otak gua da jem..tinggal tak letak roti je lagi..please bro??


KANTOI SUDA!!

Sebenar nye, cerita dalam nie takde kene mengena pun dengan tajuk kat atas tu. Tajuk je gempak lebih..Gempak itu satu kemestian kan!


5 Tips:
  1. Berdoa
  2. Jaga solat (ALLAH tak pernah lupa kat kita, tapi kita selalu lupa pada NYA)
  3. Mesti la kena study kan..klo tido je,ape pun tak dapat!
  4. Gune kan lah ape saja alternatif untuk ingat fakta2 tertentu
  5. Sharing is caring (bukan bermaksud nye share lam exam, tapi share la dgn kwn2 kita ape yg kite study tu,sbb tu dapat membantu kite mengingati ape yg dipelajari)


 Semoga Berjaya kepada saya dan kawan-kawan saya!




















Friday, 15 June 2012

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Assalamualaikum..Salam sejahtera~~ kepada anda semua, moga berbahagia~~(Masuk part lagu Rabanni plak) Terime kaseh Syiha dgn sore ko yang x berape nak sedap tu..nak bernasyid bagai pulak kan..boleh muntah warna hijau pucuk pisang plus warna kuning bila orang dengar. 


Rewards..
Haaaa~~sementara aku tak leh nak tdo neh (mane tak nye, orang laen study tok test..aku pegi bantai tdo tak hengat donia,pastu mngelabah xleh jawab test..haha..then, malam  tak leh tdo..)..nak cerita la sket. Aku nak cerita pasal reward. Apekah??? 

Aku nak story pasal reward neh bersebab. Sejak dua menjak neh, kehidupan aku sikit huru hara, gara - gara terlalu banyak sangat komitmen aku sebagai student. Bile da terlalu busy dengan task yang TERlampau banyak sangat, sampai makan pun lupa..dah tentu la kite akan rase "exhausted" kan?

Bile aku dah terlalu "exhausted" dengan agenda2 study aku yang tak berkesudahan tu, tibe2 aku terfikir..why not kalau aku bagi ganjaran kat diri aku sendiri yang diberi nama..Taaadaaaaa~~~~~ "REWARD DAY"

Reward day neh lebih kepada hari aku bagi ganjaran kat diri aku sendiri lepas aku buat sesuatu yang memerlukan effort yang tinggi. Contoh nye mcm test, quiz, exam & ape2 task yang aku rasa yang memerlukan aku punya effort yang lebih. 

Mesti terfikir kan..nak bagi reward ape?? kat diri sendiri plak tu...Bagi aku, aku tak kesah, asal kan reward tu dapat bagi kepuasan padi diri aku sendiri..Contoh nye mcm korang beli aiskrim paddlepop then makan aiskrim paddlepop sambil naik scooter. Atau korang pegi McD, g rembat chicken foldover sampai tiga set...Asal kan korang ase bende tu korang puas hati.

Best nye Chicken Foldover

Bila sebut pasal ganjaran, tak semestinya bende tu mahal dan perlu keluarkan duit yang banyak. Kadang2, tak payah kuar keluar duit pun. Terpulang kat korang mcm mane nak korang nak ganjaran kat diri sendiri.

So, bagi lah ganjaran pada diri anda sendiri..kerana dirimu begitu berharga~~ tata!











Saturday, 2 June 2012

"Lucky" kah?

Assalamualaikum.

Elo eberibadi~~ Harini nak cte sket pasal kisah "lucky". Ape yang lucky nye tu??? Kisah bermula begini. Pada suatu hari, (haha~~ da mcm intro mase pertandingan bercerita kat skolah rendah dulu2) baru tadi je pun...Tadi, aku pegi Midvalley sebab nak pegi sony centre kat situ. Then, pas abis urusan aku kat sony centre tu, aku pegi la merayau2 kat situ. Bukan merayau pun,pusing2 kat situ je pun..Tiba-tiba~~~~

Aku ternampak ade satu part kat Midvalley tu ade exhibition area. Situ memang khas kot untuk sape2 penganjur nak buat exhibiton kt situ. Agak nye lah..Tadi ade karnival untuk high education. So,aku pun round2 je la kat dalam tu. Kalau bab pusing2 neh memang sebahagian dari hobi aku jugak. Saje nak tengok ape yang ade. Pas jalan2 kat dalam tu, aku nak keluar la dari situ. Tiba2 (tibe2 lagi..haha~~ suke hati aku la kan) aku terpandang ade orang ramai tengah beratur2.

Aku tengok, orang yang beratur2 tu sume tengah menunggu giliran. Tunggu giliran??? untuk ape??? Jeng3..Rupe2 nye, ade lucky draw. Sebenar nye, bukan lucky draw jgk, tapi setiap orang mesti pusing roda (alah~ ala2 roda impian tu, dalam tu ade la hadiah2 dye) untuk dapat kan hadiah. Aku pun pegi la beratur jugak. Konon2, saje suka2 nak pusing2 bende alah tu. So, sampai la turn aku. Hehehe~~~

Perghh~~ aku pun, pusing la roda tu. xboleh blah nye, aku pusing sekuat hati pulak tu..Amik ko~~~ Maka, berpusinglah roda itu...hahaha~~    Teettttt~~~ Roda tu pun berhenti. Pergh~~ neves lak tiba2..hahaha~~ (x payah nak neves sangat lah syiha) Perempuan yang jage kat roda tu pun, hulur kat aku something..Apekah??

F&N Fruit Tree Epal
Korang nampak x pic yang kat atas tu?? haaaaa~~~ nie la si perempuan tu bagi kat aku. Botol kecik boleh tahan lagi, neh aku dapat yang botol besar punye tu..Bangga tu, bangga jugak lah..Sebab aku je yang dapat air tu time tu..Tapi, aku terpikir...Wooooahhhh~~ camne ak nak heret bende neh..Tak kan la aku nak peluk air neh ke hulu hilir.. Terpaksa la aku sumbat2 je dalam beg aku tu. Sian la kat beg kesayangan aku tu jadi gemok..muahaha~~

Kalau nak bercerita pasal lucky neh..Entah la, memang dari kecik ag, klo ade lucky draw je..aku neh memang x pernah la lucky nak dapat hadiah2 bagai neh..Tu yang tadi, bangga giler tu..muahaha~~ Okey, tu je nak cte pun..Tata!!