Tuesday 24 June 2014

Jawatan Kosong Diperlukan Segera





Diperlukan segera bagi jawatan Kerani Am & Penyambut Tetamu di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

(Berdekatan dengan Damansara, Kg Sungai Penchala)


Kelayakan:

- Hanya SPM sahaja
- Perempuan
- Umur - 19 - 30 tahun
- Boleh Menggunakan basic computer
- Boleh berbahasa Melayu & Inggeris
- Berminat boleh hantar resume ke a_guL89@yahoo.com
- Pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-77242650



Tarikh tutup: 24 June 2014

Sunday 19 January 2014

Dua kosong Satu Empat.

Salam semua.

Alhamdulillah. Kita dah berpindah ke tahun yang baru, tahun 2014. Pastinya 2013 banyak memberi kita berjuta kenangan paling indah dan tidak kurangnya pahit duka. Ermm, percayalah setiap yang terjadi pastinya adalah perancangan yang terbaik untuk kita. 

Seperti biasa, bila kita berganjak ke tahun baru, umur kita mula bertambah. Muda menjadi semakin tua. Yang tua menjadi semakin tua. Yang kanak - kanak menjadi remaja. Yang remaja menjadi dewasa. Yang dewasa menjadi tua. Semoga pertambahan dalam bilangan umur kita, menjadikan kita lebih matang dan bijak menilai diri untuk memperbaiki diri. Insha ALLAH.

So, jom kita bawa diri kita memperbaharui sesuatu dalam diri kita. Buang yang tak elok, ganti dengan sesuatu yang lebih elok, lebih baik, lebih bagus, lebih bermanfaat. Lagipun, tak perlu nak tunggu kalendar Islam ke, kalender Masihi ke, baru nak bubuh segala jenis azam.

==========================================================

Teringat masa beberapa hari yang lepas aku mengisi borang peraduan Petronas. Dekat situ kena isi details pasal peserta yang nak masuk peraduan tu. Aku masih bajet aku nie muda lagi. Siap tulis tulis umur 24 tahun lagi, padahal tahun pun dah bertukar, tapi still tulis 24 tahun. Padahal umur ko tu dah bertambah syiha oiii. Dah jadi 25 tahun pun. Oh, terasa tuanya aku. Kes penyakit lupa kau memang tak pernah nak lupus syiha. Ini kes terpencil, perasan muda lagi. haha!

*****************************************************************

Tahun baru je aku dah mulakan dengan perbuatan yang boleh di kategorikan sebagai memalukan jugak kot. Mane tak nye, masa aku nak touch kad 'Touch n Go' dekat tol baru - baru nie, boleh tak korang bayangkan, dengan tidak semena - menanya kad 'Touch n Go' aku terjatuh. Nak dijadikan cerita lagi best, bila aku nak keluar buka pintu kereta, boleh pulak sempit. Menyebabkan aku stuck dekat tol tu hampir 2 minit jugak. Sampaikan kereta kat belakang dah beratur panjang. Aku dah mula mengelabah bila tengok kereta kat belakang dah beratur panjang. Oh, tidak Syiha. Time tu tiba - tiba aku rasa menyesal & mula berazam nak kurus. haha! Hampeh betul. Kembali kepada cerita tadi, aku cuba sedaya upaya meloloskan diri, untuk keluar nak pergi ambil kad 'Touch n Go' dan akhirnya berjaya jugak ambil benda alah tu. Dengan sepantas kilatnya, aku touch kad tu, pastu pecut lelaju. Kalau boleh, aku nak tutup terus no plate kereta aku, sebab malu punya pasal. haha! Itu lah dia, awal - awal tahun dah mulakan dengan insiden macam nie. Moral of the story, jangan nak berangan masa nak touch  kad 'Touch n Go' tu.


==========================================================

Satu malam di kedai mamak.

Mamak: Mau makan apa?
Aku: Saya mau minum milo ais. Pastu mau makan, saya mau mee goreng mamak. Agak - agak lama tak nak masak mee goreng mamak?

Tapi si mamak, ape entah yang dia dengar. Aku pun tak tau. Kejap lagi...

Mamak: Apa? mau mee goreng mamak melayu punya stail masak? (aku dah start pelik dengan si mamak nie)
Aku: (Ada pulak mee goreng mamak  goreng cara orang melayu..haha!) Takkk..takkk..saya nak mee goreng mamak yang goreng cara mamak punya masak. 

Haha! Dengan aku2 pun pening dengan si mamak nie.

Si mamak tadi nak confirm kan ape yang aku order tadi, dia pun ulang balik ape yang aku order tadi. 

Mamak: milo lais (cara dia sebut ais tu 'lais') satu, mee goreng mamak satu kan?
Aku: Hahhh??? lais?? (lama gak aku dok pikir, ape ke benda lah lais tu, tak lama lepas tu, barulah aku dapat tangkap, dia nak sebut "ais" rupanya. haha!)

Adoyai..nak guling - guling atas lantai aku rasa nak gelak. Haishh, sabar je lah, bila dah berbilang kaum nie. haha! Bak kata syuib sepahtu, pening arrrr.....pening arrrr...


Okey, awal tahun 2014, kalendar aku sudah dipenuhi dengan segala perkara yang kadang - kadang tu kelakar pun ada, pelik pun ada. Macam - macam. Next story, akan bersambung di entry seterusnya. Banyak idea2 dah menternak di otak aku nie. Mungkin dalam masa terdekat. Insha ALLAH.



Salam brother and sister
Salam tahun baru 2014.
Doakan kesejahteraan umat Islam diseluruh dunia.
Peace. 
:p





















































Friday 6 December 2013

Senyum Lebar..

Salam.

Kurang dari 20 minit dari sekarang, aku akan menikmati saat yang paling indah. Yeah!! Merdeka!! Seriously, rase macam bebas semacam je. haha! Macam tak boleh blah je ko kan syiha.

Wehooo!!

With free feeling,
Salam!
Adios!

Friday 22 November 2013

Kisah - kisah yang tak perlu diambil kisah.

Salam.

Alhamdulillah. Nak dekat hampir 5 bulan practical, lepas tu bebas! wah, syok nye! Tak sabar untuk menantikan masa dan saat itu. Lagi 2 minggu je. Fuhhh, rileks ek syiha. Since bertukar department nie, nampak macam banyak masa terluang compare dengan masa mula - mula dulu. Kalau dulu tu, rasa macam tak cukup tangan. Sekarang pun tak cukup tangan jugak tapi dapat dikawal. (Nak jugak tu) hahahaha!! 

Tapi bila dekat sini, aku yang paling JUNIOR. Diulang sekali lagi, JUNIOR. haha!! (Nak cakap ko paling muda, sweet2 gitu kan syiha, kan? haha!). Sesenang macam makan ayam KFC je dorang nie membuli aku. Mula - mula rasa macam ape jeeee. Tapi dah lama - lama tu, dah kalis dah. Haha! (statement memang berlagak kan? tak boleh blah kan?) Ape lah sangat reaksi aku, setakat sengeh je memanjang. haha! So, fikir je positive, yang dorang buat nie sebab nak cari point untuk gelak guling - guling pastu nak hilangkan stress. But, i do not take it seriously.

Rasa macam sekejap je masa tue berlalu. Masa itu tak pernah nak menunggu kita. Tapi kita yang selalu menunggu masa itu. Eh, bermadah helah pulak! muahaha! Selama 5 bulan dekat sini, aku memang dijaga dengan baik. Boleh dikatakan semuanya lengkap, tak pernah kurang pun. Syukur, Alhamdulillah. 

Lately, aku selalu rasa yang ALLAH tu selalu bagi rezeki lebih pada aku. Alhamdullillah. Rezeki tu tak putus - putus. Ada je. Terima kasih Ya ALLAH. Walau kadang - kadang rasa macam kurang sana sini, tapi diganti dengan benda yang lebih baik. 
Dah la tu. Sudah tamat masa untuk membebel disini. Nak balik rumah ! wehoooo!!

Salam everybody! :)




Thursday 3 October 2013

Demam

Assalamualaikum.

Fuhh..Dah dekat seminggu demam. Hari nie baru nak rasa okey sket. Semalam pergi lah klinik kerajaan dekat Rawang tu. First time nie, nak pergi time demam ni haa. Selalunya, kalau demam, aku prefer cari paracetamol atau minum air kelapa je atau pegi klinik dekat dengan rumah je.(Banyak betul "atau" ko syiha.) haha!!  Tapi dah demam dah nak dekat satu minggu tu, dah kira melampau demam nie. Tak boleh jadi niee. So, aku telah membuat keputusan yang agak drastik dalam hidup aku. Pergi ke klinik government.

First time pergi sendiri, pastu pegi daftar. Orang kat kaunter pendaftaran tu bukan main garang betul. Dah tentu yang datang tu semuanya sakit - sakit belaka. Cakap lah elok - elok. Kang tak pasal - pasal je dapat penyakit baru, darah tinggi. Sebab marah punya pasal.

Bila dah daftar tu, pergi lah tunggu turn aku. Alhamdulillah. Orang tak ramai sangat pun. So, kurang dari 15 - 20 minit, nombor giliran aku kena panggil. Masuk - masuk je, tengok doctor berbangsa india. Tiba - tiba nerves, sebab dapat doctor lelaki.

Doctor: Hai. Apa yang telah menyebabkan awak datang ke sini? (Soalan dia, pergghhh bukan main lagi eh..)
Aku: Saya dah demam hampir seminggu lah doctor. Lepas tu, saya susah nak bernafas sebab selesama saya sangat teruk bila malam atau masa tidur.
Doctor: Ishh..teruk sangat tu kalau dah demam hampir seminggu tu.

Aku mintak Medical Certificate (MC) dekat dia, doctor  tu tak bagi. Sebab dia cakap aku tak demam. Sebab dia tengok suhu badan aku normal. Ciss!! Doctor tu pun tanya lah blah blah blah blah blah. Aku pun jawab je la apa yang ditanya tu. Jap lagi, tiba - tiba dia tanya aku something.

Doctor: Kalau dekat rumah, kalau masak nasi awak pakai beras jenis apa?
Aku: (Aku nie dengan blur dan sirrotulmustaqim nya (dengan kata lain, dengan lurusnya) Errrrr..saya tak makan nasi berapa hari dah doctor sebab saya tak selera nak makan lah.
Aku takut lah jugak. Cuak pun ada. Manalah tau, kalau aku demam nie ada kaitan dengan jenis beras plak kan. Lama jugak aku fikir sebelum aku nak jawab tu.
Doctor: Awak tau kenapa saya tanya jenis beras yang awak makan dekat rumah?
Aku: errrrrr.. (Aku geleng kepala)
Doctor: Sebenarnya sebab saya tanya macam tu sebab....saya tengok awak nie gemuk sangat!!

(Dan, dengan sepantas kilatnya (lagi pantas dari kilat)), doctor  tu gelak. Bukan main lagi dia gelakkan aku. Perrghhhhh, kau dah kutuk aku, pastu ko gelak bukan main lagi. Rupa - rupanya dia nak buat lawak. Ciss!! Kurang hasam punya doctor!! Dia tak tau ke, perempuan yang berstatus melayu dan warganegara Malaysia sangat sensetif dengan perkataan GEMUK. Ulang sekali lagi, G.E.M.U.K.!! Cisss!! Eleh, doctor tu pun gemuk jugak.

Lepas insiden tadi, doctor suruh aku test darah aku. Takut - takut kalau aku kena denggi ke. So, pergi lah kat tempat amik darah tu. Nurse tu muka dia nampak mesra. Then, dia tanya aku pernah amik darah ke. Aku cakaplah, aku pun dah lupa barapa lama aku tak amik darah. Dia pun dok sengih - sengih. Apa pasal ntah. Dah nurse tu suruh aku gengam jari & dia ikat dekat atas dari siku aku, nurse tu pun get ready lah nak amik darah. Kejap lagi, dia sumbat jarum dia, aku okey lagi. tengah - tengah dia nak amik darah tu, tiba - tiba sakit sikit. Muka aku pun lain macam lah. Jap lagi muka aku dah lain macam. Nurse tu tanya, "Sakit ke? tapi nampak lah muka sakit tu". Cisss. Aku cakap dalam hati "Sakit lah giler!!" Lepas balik tu, aku tengok tempat yang nurse tu inject tadi dah lebam & biru.

Aku pun bawak lah darah tu pegi makmal, then tunggu result darah tu. Tak sampai Kurang dari 10 minit, result dia pun keluar. Aku tengok result dia macam resit kat pasaraya. Hahaha!!! Ade yang positive lah, ade yang negative lah. Pastu, aku bawaklah result tu jumpa doctor tadi. Kena jumpa dia nie lagi.
Macam biasa, aku masuk je, dia dah sengih - sengih. (sebab dia dapat kenakan aku tadi..ciss!!)

Doctor: eh, sekejapnya. (dia pun cek result blood test aku)
Doctor: Awak okey je nie, cuma dalam darah awak ada virus je nie. Nanti saya bagi ubat, then awak makan ubat tu ye.
Aku:........ (anggukkan aje. kang bersuara kang, kena lagi nie)
Doctor: Nah, amik nie (Surat senarai ubat, then ubat tu aku kena amik dekat farmasi). Nie MC untuk awak.
Aku: (dalam hati dah berbunga - bunga dah bila nampak MC tu..haha!! Suka tak hengat) Doctor tipu saya lah. Tadi cakap tak nak bagi saya MC. (Selamber je aku cakap doctor  tu tipu aku..wakakakaka..)


Doctor: Ye..ye..Sebab saya kesian kat awak. (dalam hati, perghhhh, berjaya gak muka sedih + sakit tu) Saya bagi MC nie, duduk dekat rumah, rehat okey! Tapi, saya tulis dekat sini "Requested", sebab awak yang mintak. bla blaaa blaaaa (Apa - apa je lah doctor.. Banyak betul dia nie bercakap..)
Aku: (sambil sengih - sengih,) Terima kasih doctor!! (Kena maintain in character juga nie)

So, tu lah dia cerita aku. Aku kena demam tapi suhu badan okey. Tapi dalam darah aku ada virus. Bila kena macam nie, buat aku  tak selera nak makan, cepat pening kepala, sakit perut dan ada lagi lah selebihnya. Maybe, aku pun lambat pergi klinik. Sepatutnya, aku kena pergi awal - awal kena dulu. Sebab sekarang nie, macam - macam penyakit ada. Tak boleh main - main dah sekarang nie.

Okey, jaga diri kawan -kawan. Jaga kesihatan. Kalau sakit, cepat - cepat pergi jumpa doctor. Sekarang penyakit nie macam -macam punca dia.


Adios!!
Salam.

Tuesday 1 October 2013

Cerita Rojak.

Assalamualaikum.

Fuhhhhhhhh....fuhhhhhhhhhh...fuuuuuuhhhhhhhh...Mak aihh, bukan main berhabuk lagi blog nie. Akibat dari tuan blog nie yang tak sedar diri yang dia tu punya blog. krikkkk krikkkk krikk. Abaikan saje. ahakk hak hakk hakk..

Mahap ler, busy sesangat tak hengat ler kome. Sejak -sejak internship nie, bukan main busy nye. Ditambah dengan takde wifi nye. So, membuatkan aku lagi lah tidak menjenguk blog nie. Hari nie baru lah dapat online, sebab koje dah siap plus dengan boss takde. Lagi lah aku berkobar - kobar untuk online. Yelah, mane tak nye. Boss aku garang giler tak hengat. Kalau dia stress, dengan orang lain pun kena stress jugak. Stress tengok muka dia yang stress tu lah. haha!! Aku chill je. Lantok ler dia nak stress sorang - sorang. Haha!!

Untuk makluman umum, aku sekarang tengah internship. Fuhhhh, dah separuh jalan dah pun internship nie. So far, okey lah tempat aku intership nie. Sesetengah tu friendly giler. Sesetengah tu berlagak tak hengat, pandang pun depan je, kiri tak pandang, kanan tak pandang, bawah pun tak pandang. hahahahekkhekkhikkk (Please ikut intonasi). Sesetengah tu cepat mesra dalam 5 minit je. Macam - macam orang kita jumpa, bila kita bekerja nie.

So, bila dah masuk alam pekerjaan nie , environment dia dah lain. Tak sama macam study. Everything must be serious. Tapi takde lah sepanjang masa. Kalau time study tu, boleh cengelat nak tido ke, nak mengulor ke, nak terbungkang ke, hape ke. Bila dah kerja nie, kena lebih serious sket. Lebih penat dari study. (Rindu nak study balik. uhuk uhuk..). Tapi, yang penting fun lah jugak. Sebab koje den, belajor system dorang, buat report. Termongah - mongah den buat report nie haa. Bukan main banyak. Banyak gilo. haha!!

Okey lah tu. Cukup lah tu. Ade masa, aku membebel lagi kat sini. Boss dah masuk nampak gayanya, selepas mendengar jeritan mesra boss dari meja dia. haha!! Mesra lah sangat. Department sebelah pun boleh dengar agaknya bila dia menjerit tu. Kena cover line nie. Nasib meja den tersorok. dekat hujung - hujung. Boleh buat aktiviti yang terlarang. haha!!

Cau cincau.
Salam.



#Maaf lah. Ada unsur mengumpat dalam entri nie.

#Tajuk entri memang takde kena mengena dengan jalan cerita dalam entri. Suka hati den je kan. Asalkan bertajuk. haha!!






















Friday 12 April 2013

Pintu Ajaib ke Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas untuk hari ini. Syukur. Walaupun aku dapat bergesel mesra dengan tar jalan tempoh hari, tapi alhamdulillah masih mampu berjalan macam orang lain jugak. Sian my baby. Sian u baby. u cedera sana sini. Nanti i polish u sampai kilat2 gitu. Okey, stop cerita tu. 

Semua pernah lalui zaman kanak-kanak. Tipu lah kan kalau cakap takde. Zaman kanak-kanak bagi aku zaman yang kita tak pernah pun rasa stress. Everyday bangun tido je, ingat nak makan, pergi skolah, main, tido. Hari - hari enjoy je. Tapi masa aku kecik2 dulu, aku ni boleh kot diketegorikan nakal jugak kot. (sebenarnye aku baik tau..hahaha) Masa budak-budak dulu jugak la banyak cerita dongeng. Zaman-zaman aku dulu, permainan yang kita main sume nye mencabar. Permainan Outdoor punya. Tapi tak kurang juga buat benda pelik-pelik. Tak macam budak sekarang ni, sikit-sikit PS2, PS3, Iphone5, ape lagi Ipad. Segala benda yang bermula dengan huruf I lah dorang nak main. Suma nya permainan yang tak memerlukan dorang bergerak pun. Sume nye indoor je. So, tak challenging la life dorang.

So, macam best pulak kan kalau senaraikan balik permainan yang aku pernah main-main masa kecik dulu. Memang kelakar kalau ingat balik moment2 nie.

1. Tangkap berudu.

Haaaaa..nie adalah benda paling famous budak dulu-dulu main. Lagi syok bile musim-musim hujan lah kan. Nanti nampak lah budak2 dok menempel dekat longkang2. Ini kes takde lain nie. Confirm tangkap burudu. Ehhhhhh...ada ikan lah dalam longkang tu!! cepat2 , tangkap. Pastu bela ah. wakakaka. Nak bela berudu tak leh blah nye. 

Lepas tangkap, simpan dalam plastik air balang tu. haha!

2. Main lumba basikal.

  
Nie kira okey la, ada safety. Dulu-dulu berlumba mesti gaya bebas punya. Tak pakai alat safety pun.
Nie lagi satu permainan budak dulu-dulu. Tapi aku takde lah macam dalam gambar kat atas neh ha. Siap ada bendera bagai. Nie lumba basikal haram punya. Ajak budak-budak laki. Pastu ajak lumba basikal haram kat kawasan rumah. Bawak memang laju ah kan. Jap lagi aku pegi rodok anak orang. Pastu cabut lari. wakakakaka. Buat muka inesen. Lari cepat-cepat. Sebab dah langgar anak orang.


3. Baling selipar / tin.

Permainan nie memang legend giler ah. Ibu aku cerita, dorang pun main jugak benda nie. Petang- petang je set ngan kawan-kawan jiran nak main baling selipar. Permainan nie memerlukan tahap fokus dengan kadar yang tinggi. Sebab chance nak baling, tiga kali je.

Amik je selipar sape2, pastu susun tiga menegak macam nie.

Main baling tin

 
Syok2 punya baling. Jap lagi terbaling atas bumbung rumah orang. Haa..padan muka!! wakakakaka. Bukan tu je, terbaling tingkap umah orang, kereta orang. Segala orang punya lah.


4. Main penutup botol / ceper

Main penutup botol

Ayat-ayat gini memang akan ade..wakakakaka!


Permainan yang memerlukan skil dan tahap IQ di atas 80 megapixel. Penutup botol tu memang pergi cari kat kedai-kedai rucit lah. Takpun pergi kat kantin sekolah. Selalu main benda nie kat sekolah. Especially sekolah agama. Waktu rehat tu pergi makan cepat-cepat kat kantin, pastu pergi main benda neh. Dah la main dengan baju kurung nya. Jap lagi nak jentik, kena amik side pulak. Paling best, kalau main tipu lah. Jap lagi, gaduh. Hahahaha!!


5. Tepuk terup.

Sebut terup tu macam keji je kan. haha! Tapi, tidak pada permainannya. Kekuatan tapak tangan diperlukan dalam permainan ini, menguji sejauh mana ketebalan tapak tangan korang berbanding kekerasan lantai simen. Daun terup dipertaruhkan, dan teknik untuk menebalikkan daun terup ditekankan di sini. Berapa banyak terup yang berjaya korang terbalikkan, semuanya menjadi hak milik korang. Takde tiup2, walaupun aku pernah buat gak macam tu dulu. Daun terup boleh di dapati di kedai2 Ah Meng atau Ah Soo dengan harga serendah 20sen sahaja

Nampak tak usaha nak menepuk benda alah ni. Balik rumah, tangan dah merah-merah.

6. Zero point / lompat getah

Masa dulu-dulu main pakai baju kurung sekolah agama je. Sekolah agama jugak jadi mangsa. haha!

Permainan nie memerlukan pembekal getah atau pengumpul getah mengikat getah panjang-panjang. Lagi panjang, lagi bagus. Selalu nya, aku tengok, benda nie budak perempuan je yang main. Kita kena lompat/langkau getah tu. Pastu mula lah terkinja2 lompat. Ada aras kaki, aras lutut, aras pinggang, aras bahu, aras kepala. Kalau getah tu goyang je, mula lah jadi isu perbalahan antara satu sama lain. Pastu, dah settle, main balik macam biasa. wakakaka!! budak-budak betul. Yela, budak-budak nie memang hati suci sikit. Gaduh 3.5 minit je.hahaha!!
 
7. Main masak-masak/ kawin-kawin.

Kecik2 dah pandai kawin2. hahaha!! Adeh lah. Nanti ade lah aksi bersanding. Sambil tu ade lah yang jadi mak andam. mekap-mekap. Mekap tu guna bedak je lah. Kalau nak real tu, pegi amik alatan2 mak-mak kita kan. Pastu pergi susun dua kerusi, then bersanding. Nanti ada lah yang tukang kipas. Dia lah mak andam & dia jugak lah tukang kipas. Sebab kekurangan pelakon-pelakon. So, terpaksa lah buat double watak. hahaha! Serius kelakar kalau ingat balik.

Main masak-masak.

Nie permainan feveret kaum-kaum wanita. Apsal dewasa sangat bila sebut wanita. haha! Alatan dan bahan-bahannya berasal dari alam semulajadi. Kalau yang kaya tu, ada lah mak pak dorang belikan set masakan kat kedai dua ringgit. Kalau nak tambah effect pada masakan tu, dorang pegi hidupkan api macam kat atas neh ha (untuk yang alatan semulajadi lah). Kalau guna yang plastik mainan tu kompem cair punya. Mau kena sekeh 15 kali lah lepas tu. Api tu amik je kat dapur mak-mak. 

Alatan yang wajib hadir sewaktu proses permainan, tempurung kelapa sebagai periuk dan batu sebagai lesung. Bahan-bahannya pula bunga raya, bunga kertas dan sedikit air. Kalau mak kita tu jenis memang suka tanam pokok. Lagi rancak lah aksi masak memasak kita kan sebab ada berbagai2 jenis bunga. Jangan kau rebat orkid mak ko sudah. Orkid dah lah payah nak bunga. Sekali orkid berbunga pun, mak kita dah hati berbunga2. Nie kan ko buat masak2, memang mak ko berapi-api lah kan masakkan ko pulak. Sesiapa yang terlibat dalam permainan ini akan diberikan watak khusus bagi menjayakannya sehinggalah kaum2 ibu terjerit2 panggil anak masing2 balik makan atau mandi. Permainan di sambung keesokan harinya dengan dirombak kembali jalan cerita dan watak2.


8. Lawan pemadam.









yes! seri.



Permainan yang cukup menjimatkan. Modal dia cuma pemadam je. Kadang-kadang tu pinjam pemadam adik kat rumah. Time mak pak nak beli alatulis, time tu jugak pilih pemadam. Selalu beli pemadam negara2 dunia. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat tindih pemadam pihak lawan. Ada yang guna pemadam besar..ko hengat aku takut! Lagi besar, lagi payah ko nak gerakkan pemadam ko tu. haha!!



9. Main titk-titik/ kepong

Bahan: kertas kotak2 (buku matematik, Pen 2 batang (berbeza warna)

Permainan ni paling seronok main masa cikgu tak ada dalam kelas. Nampak je macam bosan kan, tapi ni lah game paling best masa kecik-kecik dulu. Kalau kita menang tu, rasa macam nak tampal je kertas tu dekat dinding kan. Ikut lah kan. Memang dah stand by dah buku matematik dalam beg. Kadang-kadang tu rembat buku jiran meja sebelah lah, pinjam dekat jiran baris sebelah lah. Padahal bukan pinjam pun. hahaha! pastu mula lah buku matematik tu nipis je. Mane tak nye, hari-hari dok koyak. Mana tak nipis. haha!


10. Main tiang.

Main tiang memerlukan kita untuk menggunakan segala jenis deria yang ada dekat diri kita. Kalau yang hebat tu, ade lah 6 sense. haha!! Modal nya cuma tiang-tiang dekat sekolah tu. Masa nak tunggu masuk kelas tu, main lah benda nie. Pastu dok jerit-jerit. Jap lagi, cikgu keluar. Marah-marah. Terus senyap. Tapi main senyap- senyap je lah.wakakaka. 

Main tiang.

Nie lah cara mainnya.

 
Aduh. Kalau nak senaraikan semua permainan zaman aku kecik-kecik dulu memang lah banyak. Tapi, apa yang aku tulis kat atas nie antara yang top 10 lah pada zaman-zaman aku. Kalau ingat kan balik, memang pecah perut gelak balik. Permainan zaman aku dulu, sume guna barang-barang harian kita je. Benda-benda sekeliling kita. Tapi aku rasa, budak- budak sekarang harus rasa rugi. Sebab dorang dah tak merasa nak main-main benda nie lagi. Feel dia lagi seronok dari main game dalam Iphone.


p/s: thanks incik google kerana menyumbangkan gambar2 atas.


Sebelum tu, saja nak letak lagu nie. Aku pernah dengar lagu nie dalam 1 rancangan kat channel KBS.  Dah banyak kali aku ulang dengar. Cute sangat lagu nie. Tambah dengan step-step dia. Gwiyomi (little cute) by Hari.


Haha! takde motif kan. Suka hati.


Salam alaikum.