Friday 31 August 2012

Gangnam Style

Assalamualaikum kawan!

Tak terlambat lagi kot. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Lepas tu, lagi bape minit je lagi 31 Ogos. So, selamat hari merdeka. Haaaa..banyak kan ucapan selamat disitu. Haha! Okey, straight to the point.

PSY

Hari tu aku bukak tuiter, sekali aku ternampak Gangnam Style kat list trending. Gangnam Style? Ape kejadah nye itu? Bukan kat tuiter je, kt fesbok pun orang dok hangat bercerita pasal Gangnam Style. Almaklum lah kan, aku kadang2 leh diketagori sebagai katak bawah tempurung jugak kadang kala.

Tanpa segan dan silu, aku pun tanye la incik Google. Macam biasa, incik google memberi fakta tanpa segan silu. Oooooo..rupa2 nye, videoclip (VC) dari seorang artis korea. PSY. Aku baru je tau. Orang lain dah muak gamak atau da basi agak nye nak dengar lagu Gangnam Style.

Step dalam VC lagu menjadi ikutan orang ramai. Sampai banyak orang wat video step tarian lagu nie,then letak kat youtube. Kira ala2 demam macam artis korea yang dulu tu ler. Yang penah meletop kebabommm kat Malaysia dulu. Alaahh, lagu Nobody tu. Wonder girls tu. I won't nobody..nobody..nobody..but you! Haa..ingat kan.

Untuk pengetahuan kawan2, ‘Gangnam’ tu maksud die ialah ‘South of the River’. Nama PSY tibe2 popular secara medadak di sebabkan VC die neh. Sampai kan, banyak artis2 hollywood pun nak menarikan step tarian lagu neh dalam konsert2 mereka. Konsep tarian die cume pakai spek hitam, pastu menari cam orang naik kuda.  Dah! tu je la! haha.

Aku malas nak letak link VC die kat sini. Pasal banyak sangat perempuan seksi dalam tu. Kalo korang nak tau google la sendiri ek.


P/s: Baru nak tau.. :)




Thursday 9 August 2012

Rintihan rakyat Somalia

Credit to Kosmo. Aku rembat pic dia

Sebenar nye, aku copy paste je. Kisah rakyat Somalia. Kesian kat dorang nie. Nie link sumber SOMALIA

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata. 

Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.

“Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir,” luah Sainab dalam nada bergetar.

Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.

“Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Menagih bantuan

CUACA kemarau mengakibatkan rakyat Somalia terpaksa berjalan kaki ke kem-kem pelarian untuk mendapatkan bantuan makanan.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.
Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Hari ini, Somalia yang terletak di timur Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti terdesak memerlukan bantuan makanan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, krisis kemarau dan makanan di Somalia adalah antara yang paling teruk di dunia.

“Sukar diluahkan dengan kata-kata apabila menyaksikan banyak nyawa terkorban kerana musim kemarau dan panas terik. Saya tidak pernah melihat kem-kem pelarian sesak dengan orang ramai yang hadir dalam keadaan terdesak dan tidak bermaya.

“Paling menyedihkan adalah apabila melihat seorang ibu yang kehilangan tiga orang anak serentak ketika menuju ke kem pelarian,” jelas Antonio Guterres mengenai satu perempat daripada 7.5 juta orang Somalia yang membanjiri kem pelarian.

Masalah dalaman

RAKYAT Somalia menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan di kem pelarian.


Menurut Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, krisis kebuluran di wilayah Afrika tidak berkesudahan sekiranya masalah dalaman di negara itu tidak diselesaikan pada kadar segera.

Selagi isu rasuah, pergolakan politik dan perbalahan rakyat masih belum diatasi, maka secara tidak langsung ia menyebabkan ekonomi negara semakin merosot. Semua itu mengakibatkan Afrika kekal tersenarai sebagai negara mundur dan miskin.

“Selain kacau-bilau, kenaikan harga bahan api dan bahan mentah turut menyumbang pada krisis kebuluran di beberapa wilayah di Afrika. 

“Disebabkan faktor itu, kebanyakan negara maju, badan korporat, individu dan agensi bantuan terpaksa mengehadkan perbelanjaan stok bekalan makanan yang ingin diagih-agihkan kepada rakyat Somalia.
“Kos pengangkutan dan penghantaran makanan ke negara itu juga dititikberatkan memandangkan ia melibatkan kos bahan api. 

“Bagi rakyat Afrika pula, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan sumber makanan daripada hasil pertanian kerana faktor cuaca yang panas dan kedudukan geografi,” tambah Haim yang merujuk pada kawasan gurun dan tanah tandus di Afrika yang tidak sesuai dijadikan tapak pertanian.

Tambah Haim, isu kebuluran di setiap negara miskin dapat diatasi dengan baik sekiranya negara maju dan membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura atau negara sedang membangun seperti Malaysia bijak menguruskan sistem stok makanan dengan baik.

“Pada pandangan saya, daripada stok makanan dibiarkan membazir begitu saja, lebih baik ia disalurkan pada negara-negara yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Kemarau berterusan

WANITA ini hanya mampu berserah mengenangkan kesihatan badan anaknya yang semakin kurus akibat kekurangan makanan.

Cuaca panas dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan 12 juta rakyat di beberapa wilayah itu terpaksa berjalan kaki ke kem pelarian bagi mendapatkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, krisis kemarau tersebut turut mengakibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta terkorban. Jika musim kemarau lima tahun lepas hanya mengorbankan antara 20 hingga 30 ekor haiwan ternakan setiap bulan tetapi kemarau tahun ini angka haiwan yang mati hampir mencecah 50 ekor.

Kehilangan jumlah haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung menyebabkan rakyat Somalia kehilangan sumber makanan.

Memetik ramalan saintis Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS), Chris Funk, menjangka musim kemarau di timur Afrika akan berterusan dalam tempoh yang sukar dipastikan. Lazimnya, bulan Mac hingga Jun merupakan musim hujan di Afrika.

“Namun sehingga ke hari ini, tidak menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun malah kadar purata hujan di Somalia mencatatkan di bawah paras paling rendah. 

“Lebih memburukkan keadaan, isu pemanasan global dijangka meningkat dan faktor ini menyukarkan lagi usaha rakyat Afrika untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam kerana kekurangan sumber air serta tanah kering kontang,” jelas Funk.

Setakat ini bagi menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Somalia yang kebuluran, UNHCR dan kerajaan Habsyah mengambil inisiatif menyediakan kem di Dolo Ado, Habsyah. Dianggarkan kem berkenaan menerima hampir 2,000 pelarian baharu setiap hari.

Persekitaran di Somalia bukan saja mempamerkan gelagat kanak-kanak bermain tanpa menyarungkan seluar malah turut menyaksikan penghuni kem sentiasa bersesak merebut makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Keadaan yang sama turut berlaku di kem Dadaab, Kenya iaitu kem pelarian terbesar dunia yang kini dihuni kira-kira 382,000 orang sedangkan ia hanya mampu menampung 90,000 orang pada satu-satu masa.


*Bersyukur lah. Kita masih cukup lagi makanan. Kadang- kadang tu siap terlebih pulak. Sampai di buang makanan tu. Kalau kita rasa susah, ada lagi susah dari kita. 

SALAM.


Find and Share


Assalamualaikum.Salam Ramadhan. Alhamdulillah, nampak nye kita sudah masuk fasa yang ketiga dalam bulan Ramadhan. Iaitu sepuluh malam terakhir. Hari ini dah masuk hari ke-21 dalam bulan Ramadhan. Ramadhan sudah nak hampir ke penghujung nye. Cepat betul masa berlalu. Salah satu malam dalam 10 malam terakhir juga merupakan malam lailatul qadar. Harap kita dapat memperbanyak kan amalan pada malam2 terakhir ini. 
In sha ALLAH. 







Surah Al-Qard dan maksudnya

Okey2..balik ke motip asal entry kali neh. Hari itu aku ada cakap nak cerita pasal Sheikh Mohammad kan? orite. Aku nak sambung cerita pasal dia yang berasal dari Somalia. Somalia memang terkenal dengan isu2 krisis makanan. Masa mula2 dia nak start cakap, aku tertarik dengan ape yang keluar dari lidah dia. Bila dia cakap - uhibbu malizia- maksud nya ape???? haaaa~~ maksud nya -saya suka Malaysia- Sheikh Mohamad neh bagi ceramah dalam bahasa arab. Dalam banayak2 tu, yang paling aku paham. tu je. Tapi ade la Ustaz kat sebelah dia, tolong translate kan untuk ktorang. Kalo tak, melopong je la sume kan.

Okey, aku nak ringkas kan ape yang dia dah cakap hari tu. Dia bercakap pasal ilmu. Ilmu tu harus dicari. Sekarang nie, macam2 teknologi ade untuk mendapatkan ilmu. Dulu tu, yela kan, guna buku2 dan kitab2 je. Sekarang neh, pegi je tanye incik google ape2 soklan, kompem dia jawap, Paling kurang pun, keluar page error, Tu je. Haha!! 

Orang Islam harus mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Nak tau lebih lanjut, boleh la cari kat kitab2 yang berkenaan atau tanye incik google pun buleh. Tapi pasti kan ilmu tersebut sahih tahap ketepatan info nya. Pastu, lepas kita da tau pasal ilmu tersebut, kita kena kongsi. Supaya untuk kebaikan bersama. Kita kena kongsi ilmu yang kita ada untuk dikongsi dan dikembang kan. 

Ilmu tu tak semesti nya ilmu agama je, tapi kita patut jugak tahu ilmu2 duniawi macam accounting, marketing, history dan sebagai nya. Ini untuk kebaikan diri dan masyarakat. Kita akan berdosa sekira nya kita tidak mempelajari ilmu2 tersebut kerana kita membiarkan hidup kita dalam kejahilan.

Okey, cukup je la samapai sini. Hari ini macam nak pergi bazar kat bandar. Dah jemu da makan makanan kat foodcourt depan neh. Hari2 menu dia sama je.

*Pesaan penaja (pesanan untuk diri sendiri juga): 
Jangan membazir mase membeli belah kat bazar tu. Beli ape yang rasa perlu je. Jangan ikut nafsu. Membazir tu amalan syaiton. Syaiton dah takde bulan ramadhan nie, jangan korang pulak ganti tempat syaiton suda.



PEACE!
SALAM.