Tuesday 24 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Alhamdulillah..ALLAH masih beri aku daya dan upaya untuk berpuasa di bulan ramadhan kali ini. Hari nie da masuk hari ke-4 umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Semoga bulan Ramdhan nie dipenuhi dengan amalan2 kite kepada-NYA. In sha ALLAH. 

Hari nie baru sampai Segamat. (Sedih je bile sebut Segamat tu..haha.sebab tak rela) Sepatut nye semalam lagi aku patut ade kat sini. Tapi di sebabkan makan besar punye pasal, peduli ape kan. Terime kaseh kepada yang sponser aku punye makan besar malam tu. Jasa mu akan ku kenang sampai bile2. Klo bleh, blanje lagi..haha!

Name lam IC aku mmg Cik Bunga Syiha..haha!
Aku saje je wat eksperimen kt TBS tadi, gune name FB aku kat tiket bas. Sekali jadi lah! Melompat girang hatiku.

Sesampai je aku kat Segamat, aku pergi mendapat kan "my baby" untuk ditunggang. Perghhh..sempat lagi kau round2 1 Segamat, tgk Pasar Ramadhan yang ade kat Segamat neh. Nampak nye, bazar Ramadhan kt sini meriah jgk. Tapi org yg datang pun meriah jgk. Sangat sesak. So, aku pegi yang dekat2 umah aku je la jawab nye. Nie lah pertama kali berbuka puasa sorang2, pastu kat Segamat pulak tu. Haishhh~~ tapi tak pe la kan.

Malam nye, sempat la singgah dekat surau berdekatan dengan rumah sewa. Dapat lah menunaikan Terawikh untuk sekian kali nye. Sangat best dan seronok! Sebab dah lame tak berkesempatan nak terawikh. Akhir nye, dapat jugak. Alhamdulillah. Harap2, ia nye berterusan. In sha ALLAH.

Okey, kat sini aku nak selit kan sikit fadhilat (kelebihan) terawikh di bulan Ramadan ini.



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”


Semoga ape yang aku share nie dapt beri manfaat kepada aku dan orang yang membaca nye. In sha ALLAH.


#Makan besar kat dewan Felda kat Jalan Semarak. Ye, sebesar dewan itu, sebanyak itu jugak makanan di situ. Makan banyak sangat, sampai drive pun macam di awang-awangan je. Haha..#



2 comments: