Tuesday 31 July 2012

Air Mata Palestin pada 11 Ramadhan

Assalamualaikum..salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..Aku masih diberi kudrat untuk berpuasa pada hari ke-11. Ermmm..ape ye nak cte td? da lupe plak..haha! Hah! ingat da. ekeke..saje je tadi. Sebenar nye aku tengah menaip dalam gelap..wah! hebat tak? Mesti lah tak kan! haha,,Ape pun tak boleh!

Masa aku nak pergi terawikh tadi, aku tibe2 nak bawak duit. So, yang ade pun RM10 je.* Banyak giler aku bawak* Aku ingat pas terawikh, aku nak pegi rembat makanan yang ade kat Intan food corner (IFC) *mcm tu lah kot name dy, aku pun tak tau. hentam sudeh* Lagi pun, foodcourt neh, depan kolej aku je..Bape langkah je, da sampai. Lagi lah, membuak2 jiwa kau nak ke sane kan.

Mase solat Isyak tadi, sang imam yang mengimam kan solat Isyak tadi, slow sikit, Tak sepantas selalu. Lepas abis solat Isyak, dorang cakap yang mengimam kan solat tadi sebenar nye jemputan khas Uitm. Uitm da jemput 2 orang yang seorang nya datang dari Gaza, Palestin. Dan lagi seorang, dari Somalia. GLUPPP! *telan ayaq liur jap aku dibuat nye*

Sheikh Zahir- dari Gaza, Palestin (mcm tu kot eja name dia)
Sheikh Mohammad- dari Somalia

Masha ALLAH. Memang sedap suara dorang ble baca ayat2 quran. Lepas terawikh, dorang kne bagi tazkirah sikit. Tapi Sheikh Zahir neh, dy tak tau nak cte ape sebenar nye. Then, dia decide dia nak cte pasal keadaan sebenar di bumi Palestin. Suara Sheikh zahir neh, seperti dalam ketakutan. Berbanding dengan Sheikh Mohamad, lantang pabila bercakap.

Sheikh Zahir neh sebenar nye adalah salah seorang tawanan di Palestin. Dia baru di bebas kan 8 bulan yang lepas dengan menggunakan sistem ape ntah. aku tak bpe ingat. So, dia antara 400 orang Gaza yang telah dibebas kan oleh tentera Israel. * Kalo google, incik google cakap 1,000 lebih orang je yang dibebaskan, tapi hakikat nye, cume 400 orang sahaja* Dia pernah dipenjara sambil berdiri selama 4 bulan. Bayang kan!! kite neh, baru diri bape minit tunggu turn beli coolblog da mengeluh. Cube bayang kan keadaan dia.  Masa dia dipenjarakan oleh tentera Israel, dia telah menghafal al-quran dalam masa tempoh tawanan tadi.

Sheikh Zahir cakap dekat Gaza, orang2 kat sane memang bersemangat habis-habisan untuk menentang Israel. # sebab dorang berpegang pada konsep - fisabillillah (berjuang kerana ALLAH) # Sampaikan budak2 kecik pun,  bersemangat sama macam orang dewasa. Orang muslim nak mempertahankan Masjidil Aqsa. Tentera Israel akan menyekat orang2 muslim dari masuk ke masjidil Aqsa untuk beribadat. Tapi tentera Israel akan membenar kan orang2 yahudi beribadat dekat geraja2 yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa.  Sungguh Zalim yahudi laknatullah tue. Nyawa orang2 muslim tu tak payah cte la kan, sesenang mcm tu je dorang bunuh tanpa belas kasihan.

Sesiapa yang sudah keluar dari Gaza, Palestin, dorang dah tak dibenarkan masuk balik ke sana. Kalau nak masuk sekali pun, dengan kapal terbang atau jet pejuang. Tentera  Israel jugak, pernah menyerang dorang dengan menggunakan tebakan dari jet2 pejuang. Masha ALLAH. Sayu jugak aku dengar bile dia bercerita. Sheikh Zahir cakap yang tentera Israel sebenar nye telah mendapat bantuan dari negara2 Eropah seperti USA. So, kekuatan dari segi tentera, senjata api, jet2 pejuang telah menolong tentera Israel untuk bertahan disana. Tapi, tidak mengapa. Senjata paling tajam bagi umat Islam adalah doa, Same2 lah kite berdoa semoga Palestin kembali aman dan umat Islam mendapat kan kembali Masjidil Aqsa di Palestin.

Memandangkan mase sekejap je, so dia dapat cte sikit je la pasal Gaza. Mungkin klo lagi lame disitu, mungkin lagi banyak cte dia akan kongsi. Nak jadikan cte, mase tengah terawikh tu, tibe2 blackout. Takde lektrik. Tapi Alhamdulillah, terawikh tu dapat juga di habiskan. Waktu tazkirah tu pun, ktorang bertazkirah dalam gulap berteman kan cahaya lampu kecemasan. Sheikh zahir neh, nampak lagi muka dia. Tapi sheikh Mohammad cuma nampak gigi je. Haha! Tapi takpe, perbezaa warna bukan ukuran nya. Semua sama sahaje di sisi ALLAH. Yang dikira cuma amalan kita.

Terima kasih sebab membaca.


#Sebelum balik, pihak masjid ade mintak sumbangan utuk mereka bawa balik ke Palestin dan Somalia. Rupa2 nya, rezeki untuk mereka sebenar nya. Aku tulis bukan untuk bermaksud untuk menunjuk2 dan jauh sekali dari perasaan riak. Tapi tengok lah rezeki untuk mereka sebenar nya.#

#Kalo nak dibandingkan aku yang mampu nak makan nasi tomato yang sedap tu, tapi dorang hanya mampu makan ape? itu persoalan nya.# 

*Kisah sheikh Mohamad nanti aku sambung next entry pulak eh. Dia neh kelakar sebenar nye.*

Salam.


















2 comments:

  1. pehhh..kuwaja ea ko feshrina kate dia nampak gigi je..hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp mmg betul doww..Orang Somalia kan sume nye cerah2..memang gigi je la kan dalam gulap..

      Delete