Friday, 9 November 2012

Kamera AES

Assalamualaikum.


Memang kamera rendah sebab nak bagi nampak yang dia wujud..haha




Hot story yang telah menjadi perbualan hangat di mulut rakyat - rakyat Malaysia sampai sekarang ialah pasal kemera AES. Cerita pasal AES sejak dua menjak nie selalu jadi "front page story" di dada akhbar. Tetapi, baru - baru nie, ade 4 negeri telah menagguhkan penggunaan kamera AES nie. Negeri tersebut ialah Pulau pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor. HANYA 4 NEGERI SAHAJA. Maknanya, di negeri - negeri yang lain, masih lagi menggunakan AES nie.


"Semalam akhbar melaporkan bahawa empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah akan menangguhkan pelaksanaan AES sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperoleh." - Sumber HERE





Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju.

Selain kamera, pemandu juga diawasi 266 kenderaan penguat kuasa elektronik yang dilengkapi kemudahan canggih bagi memantau pesalah trafik dan menahan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.





Prosedur operasi standard (SOP) bagi mewujudkan ketelusan dalam penguatkuasaan peraturan itu membabitkan pemasangan papan tanda amaran bagi membolehkan pemandu mengetahui kewujudan kamera perangkap laju seperti diamalkan di negara maju.

Saman yang dikeluarkan nanti adalah berasaskan gambar yang dirakam pemegang konsesi penyumberluaran yang dilantik kerajaan dan wajib disahkan agensi penguat kuasa, iaitu JPJ sebelum notis saman dikeluarkan.






Gambar yang dirakam ini lebih tepat, tidak kabur, walaupun pandu kereta lebih 100 kilometer sejam.
Ia akan beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini dan dijangka meningkatkan persepsi kebarangkalian ditangkap ke tahap 90 peratus!!!

Mengenai kos pemasangan, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan sebaliknya dua syarikat konsesi dilantik menanggung kos berkenaan menerusi perolehan diterima daripada kutipan saman.

Lokasi pemasanagan kamera AES HERE


P/s : aku alert benda nie sebab kadang2 aku pun main redah jugak kalau kat highway tu..lepas nie nak balik kampung kat Perak dah tak boleh nak speed laju sangat. Ada kamera AES dekat Slim River...kih3..


*Slow tak semesti nya tak sampai ke destinasi yang di tuju, laju pun tak semesti nya selamat* *PEACE*


SALAM..

Sunday, 14 October 2012

Bismillah 7

Assalamualaikum.



Maksudnya:

  1.  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
  2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
  3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.  
  4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.  
  5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.  
  6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.  
  7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim'' 
Fadhilat 7 Bismillah:
 -Makbul segala hajat dan cita-cita.

- Luas rezkinya.

- Menang dalam peperangan.

- Penerang hati.

- Dijauhkan dari segala penyakit.

- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

- Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

- Aman daripada binatang2 buas.

-Air laut menjadi tawar.

- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

-Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

- Terselamat dari karam dilaut.

- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.

- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.

- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.


- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; letakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fatihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar dari pesakit dan diikuti oleh muntah, Insha ALLAH.

Sunday, 7 October 2012

Samurai Beef Burger Vs Zinger Double Down

Assalamualaikum.












Vs










Kedua - dua nye nampak sedap dan ganas!! Hahaha!!
Siapa nak belanja aku, boleh la buat appointment dengan aku..

:-)

Have a nice day!
Salam.



Wednesday, 3 October 2012

Tuntutan Cinta



Tuntutan cinta
Apa yang cinta mahukan?
Cinta menuntut rasa gembira
Kadang kala, cinta menuntut perasaan rindu
Ada juga hati berbunga - bunga disebabkan oleh cinta
Cinta juga menuntut rasa kecewa
Tapi ada juga menuntut rasa tersiksa
Cinta juga memaksa kita pendam perasaan 


Cinta, cinta, cinta
Mengapa begitu banyak tuntutan cinta?
Cinta antara dua manusia
Tetapi terlalu banyak permintaannya


Bagaimana pula tuntutan cinta di Atas sana?
Hanya satu sahaja permintaannya
Cinta Pada Nya memerlukan setia selamanya
Setia kepada Nya sahaja
Insha Allah
Ini cinta sejati dan benar

Terima Kasih Ya Allah
Kerana memberi aku perasaan sebegitu
Insha Allah
Cinta manusia itu
Tidak melebihi cintaku pada Mu









Sunday, 30 September 2012

Penyakit "Pelik" Kembali

Assalamualaikum.
Hai kawan2.

Lama dah tak menjenguk dekat sini. Mane tak nye, first week semester pun dah berlambak2 asssignment / presentation. Ditambah dengan rumah tak ada internet. Bile dah ade internet ni, mula lah rasa nak menconteng / mengarut / membebel dan seangkatan dengan nye. okey, jom kite pergi ke tajuk utama sebelum aku melalut lebih extreme.

Aku mempunyai penyakit "pelik" yang sangat extreme. PELUPA atau pun "short term memory loss". Ohhhh, memang penyakit ni tengah menular dengan ganasnya. Aku mula perasan penyakit pelupa aku ni sejak aku diploma. Boleh dikatakan ada je benda aku lupa. Lagi2 kalau nak pergi kelas. Memang ada je benda aku lupa nak bawak. Contoh terbaik ialah bila aku lupa bawak buku, purse, handset, jam tangan. Aku dah la cepat gelisah kalau tak pakai jam tangan.


Short term memory loss

Aku mula perasan yang aku akan lupa bila keadan tu "rushing". Contoh nye, aku dah bangun lambat nak pergi kelas, nanti ada lah yang aku lupa nak bawak. Kadang2 tu, kawan2 aku masa diploma dah tau dah kalau aku lupa nak bawak something. Bila aku cakap "alamak!!" . Member2 aku dah tau, mesti aku tertinggal something dekat kolej. 

Bukan setakat lupa bawak barang je, tarikh lahir orang pun aku lupa jugak. Pernah sekali tu, aku lupa  besday kawan aku. Sebab kawan aku ni memang jenis ingat tarikh2 ni especially tarikh lahir. *shaz, part nie memang khas untuk kau. Sebab kau tak pernah lupa wish besday aku. Aku je selalu lupa besday kau* So, bila aku lupa besday dia, ofcos la dia "angin" je dengan aku.

Password. Yes. ini lagi satu hal. Aku memang selalu lupa password. Contoh terbaik bila aku lupa password tuiter aku. Aku rasa dah banyak kali jugak aku tukar password tuiter disebabkan olah penyakit aku ni haaa. 

Lebih kurang macam ni la reaksi aku bila dah lupa. ish!



Part paling best sekali bila aku lupa nama orang. Aku memang susah nak ingat nama orang. Kadang2 tu sampai aku tanye banyak kali name orang tu. Tapi bila dah tebal muka nak tanye tu, aku pun cari la alternative. Kalau aku dah tak ingat tu, aku panggil orang "awak" je. Paling save and cover my short term memory loss. Haha!! Pastu dah la tak ingat nama orang, pastu boleh pulak lupa nak cam muka orang. Ishhh..dasat nye la aku nie.


Selalu buat reminder



Sebab tu kalau korang tengok dalam bilik aku, ade banyak reminder. Reminder kat celah sana...Reminder celah sini.... Nie semua sebab short term memory loss aku yang kronik. Ade jugak orang cakap aku saiko sebab letak banyak reminder. Nie bukan saiko braderrr!! wa nie special kes kot.

Nampaknya aku kena cari kismis. Pastu makan banyak2. Tapi bila nak makan tu, baca lah selawat sebelum makan tu. Jangan kau main telan je. Memang tak jadi ape la kan. 

Orite. Thanks beb sebab membaca entry aku. SaLam.












Friday, 31 August 2012

Gangnam Style

Assalamualaikum kawan!

Tak terlambat lagi kot. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Lepas tu, lagi bape minit je lagi 31 Ogos. So, selamat hari merdeka. Haaaa..banyak kan ucapan selamat disitu. Haha! Okey, straight to the point.

PSY

Hari tu aku bukak tuiter, sekali aku ternampak Gangnam Style kat list trending. Gangnam Style? Ape kejadah nye itu? Bukan kat tuiter je, kt fesbok pun orang dok hangat bercerita pasal Gangnam Style. Almaklum lah kan, aku kadang2 leh diketagori sebagai katak bawah tempurung jugak kadang kala.

Tanpa segan dan silu, aku pun tanye la incik Google. Macam biasa, incik google memberi fakta tanpa segan silu. Oooooo..rupa2 nye, videoclip (VC) dari seorang artis korea. PSY. Aku baru je tau. Orang lain dah muak gamak atau da basi agak nye nak dengar lagu Gangnam Style.

Step dalam VC lagu menjadi ikutan orang ramai. Sampai banyak orang wat video step tarian lagu nie,then letak kat youtube. Kira ala2 demam macam artis korea yang dulu tu ler. Yang penah meletop kebabommm kat Malaysia dulu. Alaahh, lagu Nobody tu. Wonder girls tu. I won't nobody..nobody..nobody..but you! Haa..ingat kan.

Untuk pengetahuan kawan2, ‘Gangnam’ tu maksud die ialah ‘South of the River’. Nama PSY tibe2 popular secara medadak di sebabkan VC die neh. Sampai kan, banyak artis2 hollywood pun nak menarikan step tarian lagu neh dalam konsert2 mereka. Konsep tarian die cume pakai spek hitam, pastu menari cam orang naik kuda.  Dah! tu je la! haha.

Aku malas nak letak link VC die kat sini. Pasal banyak sangat perempuan seksi dalam tu. Kalo korang nak tau google la sendiri ek.


P/s: Baru nak tau.. :)




Thursday, 9 August 2012

Rintihan rakyat Somalia

Credit to Kosmo. Aku rembat pic dia

Sebenar nye, aku copy paste je. Kisah rakyat Somalia. Kesian kat dorang nie. Nie link sumber SOMALIA

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata. 

Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.

“Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

“Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir,” luah Sainab dalam nada bergetar.

Nasib malang Sainab turut dialami oleh Hassan Abdi. Dalam perjalanan ke kem pelarian, tangan kirinya mendukung cucunya yang kurus kering manakala tangan kanannya pula menjinjit sebuah beg kain berisi bijirin, gula dan sebotol minyak masak sumbangan agensi bantuan.

“Perut cucu saya sudah lembik kerana dia mengalami kelaparan terlampau. Saya fikir stok makanan yang diperoleh ini tidak mencukupi dan mampu bertahan untuk beberapa hari saja kerana kami perlu berkongsi dengan tujuh orang ahli keluarga lain,” kata Hassan sambil menunjukkan perut cucu lelakinya yang berusia lima tahun itu.

Beginilah senario terbaharu di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Menagih bantuan

CUACA kemarau mengakibatkan rakyat Somalia terpaksa berjalan kaki ke kem-kem pelarian untuk mendapatkan bantuan makanan.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.
Oleh kerana tidak tahan lagi untuk menjalani kehidupan di tanah sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah Celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.

Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Hari ini, Somalia yang terletak di timur Afrika merupakan salah satu negara yang berhadapan dengan ancaman kemarau dan kebuluran kronik selain di Habsyah, Djibouti, Sudan dan Kenya.

Berdasarkan statistik Program Makanan Dunia (WFP) mendapati seramai 3.5 juta orang di Kenya, 3.2 juta orang di Habsyah, 2.5 juta orang di Somalia dan lebih 100,000 orang di Dijbouti terdesak memerlukan bantuan makanan.

Menurut Ketua Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres, krisis kemarau dan makanan di Somalia adalah antara yang paling teruk di dunia.

“Sukar diluahkan dengan kata-kata apabila menyaksikan banyak nyawa terkorban kerana musim kemarau dan panas terik. Saya tidak pernah melihat kem-kem pelarian sesak dengan orang ramai yang hadir dalam keadaan terdesak dan tidak bermaya.

“Paling menyedihkan adalah apabila melihat seorang ibu yang kehilangan tiga orang anak serentak ketika menuju ke kem pelarian,” jelas Antonio Guterres mengenai satu perempat daripada 7.5 juta orang Somalia yang membanjiri kem pelarian.

Masalah dalaman

RAKYAT Somalia menunggu giliran mengambil makanan yang disediakan di kem pelarian.


Menurut Penganalisis Ekonomi dan Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah, krisis kebuluran di wilayah Afrika tidak berkesudahan sekiranya masalah dalaman di negara itu tidak diselesaikan pada kadar segera.

Selagi isu rasuah, pergolakan politik dan perbalahan rakyat masih belum diatasi, maka secara tidak langsung ia menyebabkan ekonomi negara semakin merosot. Semua itu mengakibatkan Afrika kekal tersenarai sebagai negara mundur dan miskin.

“Selain kacau-bilau, kenaikan harga bahan api dan bahan mentah turut menyumbang pada krisis kebuluran di beberapa wilayah di Afrika. 

“Disebabkan faktor itu, kebanyakan negara maju, badan korporat, individu dan agensi bantuan terpaksa mengehadkan perbelanjaan stok bekalan makanan yang ingin diagih-agihkan kepada rakyat Somalia.
“Kos pengangkutan dan penghantaran makanan ke negara itu juga dititikberatkan memandangkan ia melibatkan kos bahan api. 

“Bagi rakyat Afrika pula, mereka mengalami kesukaran mengeluarkan sumber makanan daripada hasil pertanian kerana faktor cuaca yang panas dan kedudukan geografi,” tambah Haim yang merujuk pada kawasan gurun dan tanah tandus di Afrika yang tidak sesuai dijadikan tapak pertanian.

Tambah Haim, isu kebuluran di setiap negara miskin dapat diatasi dengan baik sekiranya negara maju dan membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura atau negara sedang membangun seperti Malaysia bijak menguruskan sistem stok makanan dengan baik.

“Pada pandangan saya, daripada stok makanan dibiarkan membazir begitu saja, lebih baik ia disalurkan pada negara-negara yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Kemarau berterusan

WANITA ini hanya mampu berserah mengenangkan kesihatan badan anaknya yang semakin kurus akibat kekurangan makanan.

Cuaca panas dan kemarau berpanjangan telah menyebabkan 12 juta rakyat di beberapa wilayah itu terpaksa berjalan kaki ke kem pelarian bagi mendapatkan bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Dalam pada itu, krisis kemarau tersebut turut mengakibatkan haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan unta terkorban. Jika musim kemarau lima tahun lepas hanya mengorbankan antara 20 hingga 30 ekor haiwan ternakan setiap bulan tetapi kemarau tahun ini angka haiwan yang mati hampir mencecah 50 ekor.

Kehilangan jumlah haiwan ternakan dalam jumlah yang banyak secara tidak langsung menyebabkan rakyat Somalia kehilangan sumber makanan.

Memetik ramalan saintis Pusat Geologi Amerika Syarikat (USGS), Chris Funk, menjangka musim kemarau di timur Afrika akan berterusan dalam tempoh yang sukar dipastikan. Lazimnya, bulan Mac hingga Jun merupakan musim hujan di Afrika.

“Namun sehingga ke hari ini, tidak menampakkan sebarang tanda-tanda hujan akan turun malah kadar purata hujan di Somalia mencatatkan di bawah paras paling rendah. 

“Lebih memburukkan keadaan, isu pemanasan global dijangka meningkat dan faktor ini menyukarkan lagi usaha rakyat Afrika untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam kerana kekurangan sumber air serta tanah kering kontang,” jelas Funk.

Setakat ini bagi menghulurkan bantuan makanan kepada rakyat Somalia yang kebuluran, UNHCR dan kerajaan Habsyah mengambil inisiatif menyediakan kem di Dolo Ado, Habsyah. Dianggarkan kem berkenaan menerima hampir 2,000 pelarian baharu setiap hari.

Persekitaran di Somalia bukan saja mempamerkan gelagat kanak-kanak bermain tanpa menyarungkan seluar malah turut menyaksikan penghuni kem sentiasa bersesak merebut makanan yang disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu.

Keadaan yang sama turut berlaku di kem Dadaab, Kenya iaitu kem pelarian terbesar dunia yang kini dihuni kira-kira 382,000 orang sedangkan ia hanya mampu menampung 90,000 orang pada satu-satu masa.


*Bersyukur lah. Kita masih cukup lagi makanan. Kadang- kadang tu siap terlebih pulak. Sampai di buang makanan tu. Kalau kita rasa susah, ada lagi susah dari kita. 

SALAM.