Monday 31 December 2012

Surat Untuk Ayah


Assalamualaikum ayah..

Dah seminggu lebih dah ayah tiada bersama kami. Nampaknya sukar hari2 yang seha lalui tanpa ayah. Seha ibarat budak yang baru nak belajar merangkak, bertatih, berdiri, berjalan, berlari. Semuanya seha kena belajar,kena tahu. Kalau dulu semua urusan ayah yang uruskan. Tapi sekarang tak lagi.

Dulu, seha selalu merungut dalam hati. Tapi seha tak luahkan di mulut ini. Kenapa seha kena ikut, temankan ayah pergi sana, pergi sini. Kadang2, sampaikan nak baiki kereta pun ayah ajak seha jugak. Walaupun, mungkin seha fikir, pergi bengkel kereta tu bukan sepatutnya kerja perempuan, tu kerja lelaki. Dulu, seha tak faham. Tapi sekarang, seha dah mula faham kenapa. Ayah nak ajar seha. Ayah nak ajar seha semua benda.

Dulu. Kalau seha balik dari Johor je, benda pertama yang kita berdua buat mesti berborak. Kita mesti berborak sakan. Ada je benda yang kita berdua nak kongsi sama2. Ayah mesti cerita pasal tu lah, ni lah.Ada saje ceritanya. Tapi, itu dulu. Sekarang, saat itu dah menjadi kenangan. Sekarang dah takde lagi.

Ayah, minggu depan seha dah start final exam. Dulu, seha selalu mintak restu dari ayah dan ibu. Minta ayah dan ibu doakan seha boleh jawab final exam. Tapi, itu dulu. Sekarang dah takde lagi. Hanya doa ibu yang mengiringi seha ke dewan peperiksaan.

Ayah. Orang cakap, muka seha ada iras2 macam wajah ayah. Kita berkongsi wajah yang hampir serupa. Lepas nie, kemana saje seha pergi, seha akan bawa wajah ayah ini kemana saje. Mungkin lepas nie, ibu akan tengok wajah seha, sama macam ibu tengok ayah. Hari tu, seha pergi tempat kerja ayah. Seha tak payah kenalkan diri pun, orang dah boleh cam seha nie anak kepada siapa.

Lepas nie, seha cuma ade ibu je. Seha akan jaga ibu sama macam ayah jaga ibu. Insha ALLAH sebaik mungkin. Seha akan jaga kak fana, faris & adik sama macam ayah jaga dorang semua selama nie. Ayah sangat kuat dan tabah. Ayah boleh hadapi masalah seorang diri. Seha pun kena kuat dan tabah macam ayah.

Ayah, alam kita sudah berbeza. Insha ALLAH, al-quran dan doa akan menjadi pedoman dan bekalan untuk ayah disana. Mungkin ini sahaja yang seha mampu tolong ayah disana. Selagi hayat ini masih bernyawa. Insha ALLAH. Kalau ada anak2 ayah yang lain lupa, Insha ALLAH, seha akan ingatkan mereka. Selagi terdaya. 

Masa talkin dibacakan untuk ayah, sayu hati ini. Bait2 talkin tu seha masih ingat lagi. Selamat tinggal saudaraku. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Sekarang, alam kita sudah berbeza. Dari mana asal kita, disitu jugalah kita kembali. Dari tanah kita terjadi, dan kepada tanah juga kita kembali. Wahai saudara ku, janganlah kau lupa. ALLAH itu Tuhanmu, Muhammad itu nabimu, solat itu tiang agamamu, Mekah itu kiblatmu, kiamat itu tempat perhitungan amalan-amalanmu. Wahai saudaraku, hidup itu pasti. Mati itu pasti. Kiamat itu pasti. Setiap orang akan melaluinya suatu hari nanti. Semua itu peringatan untuk diri seha juga.

Seha redha dengan dugaan ini. Pasti ada hikmah disebaliknya. Seseorang ada berkata pada seha, jangan kita ambil dugaan dan ujian itu dari sudut negetif. Tapi, ambil dari sudut yang positif. Dia cakap lagi, setiap dugaan dan ujian yang datang dari ALLAH, pasti ada kebaikan disebaliknya. Insha ALLAH. Orang disekeliling keluarga kita pun baik2 juga. Kawan2 ayah juga baik2. Banyak yang datang membantu. Ada yang datang jadi imam untuk baca yassin dan tahlil. Semua yang datang sangat sebak. Seperti tidak percaya. Sepupu ayah yang sangat rapat dengan ayah,pun datang juga. Dia tak pernah terlepas satu malam pun, untuk datang baca yassin dan tahlil tiga malam berturut2. Seha belajar sesuatu dari situ, What you give, You will get it back.

Ayah, selamat tinggal. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti, kita semua akan berjumpa juga disana. Doa dan ayat al-quran akan mengiringi ayah disana. Assalamualaikum ayah.


YANG BENAR,
Anakmu.


26.06.1958 - 22.12.2012








AL - FATIHAH











4 comments: