Friday, 12 April 2013

Pintu Ajaib ke Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum.

Hai kawan-kawan. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas untuk hari ini. Syukur. Walaupun aku dapat bergesel mesra dengan tar jalan tempoh hari, tapi alhamdulillah masih mampu berjalan macam orang lain jugak. Sian my baby. Sian u baby. u cedera sana sini. Nanti i polish u sampai kilat2 gitu. Okey, stop cerita tu. 

Semua pernah lalui zaman kanak-kanak. Tipu lah kan kalau cakap takde. Zaman kanak-kanak bagi aku zaman yang kita tak pernah pun rasa stress. Everyday bangun tido je, ingat nak makan, pergi skolah, main, tido. Hari - hari enjoy je. Tapi masa aku kecik2 dulu, aku ni boleh kot diketegorikan nakal jugak kot. (sebenarnye aku baik tau..hahaha) Masa budak-budak dulu jugak la banyak cerita dongeng. Zaman-zaman aku dulu, permainan yang kita main sume nye mencabar. Permainan Outdoor punya. Tapi tak kurang juga buat benda pelik-pelik. Tak macam budak sekarang ni, sikit-sikit PS2, PS3, Iphone5, ape lagi Ipad. Segala benda yang bermula dengan huruf I lah dorang nak main. Suma nya permainan yang tak memerlukan dorang bergerak pun. Sume nye indoor je. So, tak challenging la life dorang.

So, macam best pulak kan kalau senaraikan balik permainan yang aku pernah main-main masa kecik dulu. Memang kelakar kalau ingat balik moment2 nie.

1. Tangkap berudu.

Haaaaa..nie adalah benda paling famous budak dulu-dulu main. Lagi syok bile musim-musim hujan lah kan. Nanti nampak lah budak2 dok menempel dekat longkang2. Ini kes takde lain nie. Confirm tangkap burudu. Ehhhhhh...ada ikan lah dalam longkang tu!! cepat2 , tangkap. Pastu bela ah. wakakaka. Nak bela berudu tak leh blah nye. 

Lepas tangkap, simpan dalam plastik air balang tu. haha!

2. Main lumba basikal.

  
Nie kira okey la, ada safety. Dulu-dulu berlumba mesti gaya bebas punya. Tak pakai alat safety pun.
Nie lagi satu permainan budak dulu-dulu. Tapi aku takde lah macam dalam gambar kat atas neh ha. Siap ada bendera bagai. Nie lumba basikal haram punya. Ajak budak-budak laki. Pastu ajak lumba basikal haram kat kawasan rumah. Bawak memang laju ah kan. Jap lagi aku pegi rodok anak orang. Pastu cabut lari. wakakakaka. Buat muka inesen. Lari cepat-cepat. Sebab dah langgar anak orang.


3. Baling selipar / tin.

Permainan nie memang legend giler ah. Ibu aku cerita, dorang pun main jugak benda nie. Petang- petang je set ngan kawan-kawan jiran nak main baling selipar. Permainan nie memerlukan tahap fokus dengan kadar yang tinggi. Sebab chance nak baling, tiga kali je.

Amik je selipar sape2, pastu susun tiga menegak macam nie.

Main baling tin

 
Syok2 punya baling. Jap lagi terbaling atas bumbung rumah orang. Haa..padan muka!! wakakakaka. Bukan tu je, terbaling tingkap umah orang, kereta orang. Segala orang punya lah.


4. Main penutup botol / ceper

Main penutup botol

Ayat-ayat gini memang akan ade..wakakakaka!


Permainan yang memerlukan skil dan tahap IQ di atas 80 megapixel. Penutup botol tu memang pergi cari kat kedai-kedai rucit lah. Takpun pergi kat kantin sekolah. Selalu main benda nie kat sekolah. Especially sekolah agama. Waktu rehat tu pergi makan cepat-cepat kat kantin, pastu pergi main benda neh. Dah la main dengan baju kurung nya. Jap lagi nak jentik, kena amik side pulak. Paling best, kalau main tipu lah. Jap lagi, gaduh. Hahahaha!!


5. Tepuk terup.

Sebut terup tu macam keji je kan. haha! Tapi, tidak pada permainannya. Kekuatan tapak tangan diperlukan dalam permainan ini, menguji sejauh mana ketebalan tapak tangan korang berbanding kekerasan lantai simen. Daun terup dipertaruhkan, dan teknik untuk menebalikkan daun terup ditekankan di sini. Berapa banyak terup yang berjaya korang terbalikkan, semuanya menjadi hak milik korang. Takde tiup2, walaupun aku pernah buat gak macam tu dulu. Daun terup boleh di dapati di kedai2 Ah Meng atau Ah Soo dengan harga serendah 20sen sahaja

Nampak tak usaha nak menepuk benda alah ni. Balik rumah, tangan dah merah-merah.

6. Zero point / lompat getah

Masa dulu-dulu main pakai baju kurung sekolah agama je. Sekolah agama jugak jadi mangsa. haha!

Permainan nie memerlukan pembekal getah atau pengumpul getah mengikat getah panjang-panjang. Lagi panjang, lagi bagus. Selalu nya, aku tengok, benda nie budak perempuan je yang main. Kita kena lompat/langkau getah tu. Pastu mula lah terkinja2 lompat. Ada aras kaki, aras lutut, aras pinggang, aras bahu, aras kepala. Kalau getah tu goyang je, mula lah jadi isu perbalahan antara satu sama lain. Pastu, dah settle, main balik macam biasa. wakakaka!! budak-budak betul. Yela, budak-budak nie memang hati suci sikit. Gaduh 3.5 minit je.hahaha!!
 
7. Main masak-masak/ kawin-kawin.

Kecik2 dah pandai kawin2. hahaha!! Adeh lah. Nanti ade lah aksi bersanding. Sambil tu ade lah yang jadi mak andam. mekap-mekap. Mekap tu guna bedak je lah. Kalau nak real tu, pegi amik alatan2 mak-mak kita kan. Pastu pergi susun dua kerusi, then bersanding. Nanti ada lah yang tukang kipas. Dia lah mak andam & dia jugak lah tukang kipas. Sebab kekurangan pelakon-pelakon. So, terpaksa lah buat double watak. hahaha! Serius kelakar kalau ingat balik.

Main masak-masak.

Nie permainan feveret kaum-kaum wanita. Apsal dewasa sangat bila sebut wanita. haha! Alatan dan bahan-bahannya berasal dari alam semulajadi. Kalau yang kaya tu, ada lah mak pak dorang belikan set masakan kat kedai dua ringgit. Kalau nak tambah effect pada masakan tu, dorang pegi hidupkan api macam kat atas neh ha (untuk yang alatan semulajadi lah). Kalau guna yang plastik mainan tu kompem cair punya. Mau kena sekeh 15 kali lah lepas tu. Api tu amik je kat dapur mak-mak. 

Alatan yang wajib hadir sewaktu proses permainan, tempurung kelapa sebagai periuk dan batu sebagai lesung. Bahan-bahannya pula bunga raya, bunga kertas dan sedikit air. Kalau mak kita tu jenis memang suka tanam pokok. Lagi rancak lah aksi masak memasak kita kan sebab ada berbagai2 jenis bunga. Jangan kau rebat orkid mak ko sudah. Orkid dah lah payah nak bunga. Sekali orkid berbunga pun, mak kita dah hati berbunga2. Nie kan ko buat masak2, memang mak ko berapi-api lah kan masakkan ko pulak. Sesiapa yang terlibat dalam permainan ini akan diberikan watak khusus bagi menjayakannya sehinggalah kaum2 ibu terjerit2 panggil anak masing2 balik makan atau mandi. Permainan di sambung keesokan harinya dengan dirombak kembali jalan cerita dan watak2.


8. Lawan pemadam.









yes! seri.



Permainan yang cukup menjimatkan. Modal dia cuma pemadam je. Kadang-kadang tu pinjam pemadam adik kat rumah. Time mak pak nak beli alatulis, time tu jugak pilih pemadam. Selalu beli pemadam negara2 dunia. Kemenangan ditentukan siapa yang dapat tindih pemadam pihak lawan. Ada yang guna pemadam besar..ko hengat aku takut! Lagi besar, lagi payah ko nak gerakkan pemadam ko tu. haha!!



9. Main titk-titik/ kepong

Bahan: kertas kotak2 (buku matematik, Pen 2 batang (berbeza warna)

Permainan ni paling seronok main masa cikgu tak ada dalam kelas. Nampak je macam bosan kan, tapi ni lah game paling best masa kecik-kecik dulu. Kalau kita menang tu, rasa macam nak tampal je kertas tu dekat dinding kan. Ikut lah kan. Memang dah stand by dah buku matematik dalam beg. Kadang-kadang tu rembat buku jiran meja sebelah lah, pinjam dekat jiran baris sebelah lah. Padahal bukan pinjam pun. hahaha! pastu mula lah buku matematik tu nipis je. Mane tak nye, hari-hari dok koyak. Mana tak nipis. haha!


10. Main tiang.

Main tiang memerlukan kita untuk menggunakan segala jenis deria yang ada dekat diri kita. Kalau yang hebat tu, ade lah 6 sense. haha!! Modal nya cuma tiang-tiang dekat sekolah tu. Masa nak tunggu masuk kelas tu, main lah benda nie. Pastu dok jerit-jerit. Jap lagi, cikgu keluar. Marah-marah. Terus senyap. Tapi main senyap- senyap je lah.wakakaka. 

Main tiang.

Nie lah cara mainnya.

 
Aduh. Kalau nak senaraikan semua permainan zaman aku kecik-kecik dulu memang lah banyak. Tapi, apa yang aku tulis kat atas nie antara yang top 10 lah pada zaman-zaman aku. Kalau ingat kan balik, memang pecah perut gelak balik. Permainan zaman aku dulu, sume guna barang-barang harian kita je. Benda-benda sekeliling kita. Tapi aku rasa, budak- budak sekarang harus rasa rugi. Sebab dorang dah tak merasa nak main-main benda nie lagi. Feel dia lagi seronok dari main game dalam Iphone.


p/s: thanks incik google kerana menyumbangkan gambar2 atas.


Sebelum tu, saja nak letak lagu nie. Aku pernah dengar lagu nie dalam 1 rancangan kat channel KBS.  Dah banyak kali aku ulang dengar. Cute sangat lagu nie. Tambah dengan step-step dia. Gwiyomi (little cute) by Hari.


Haha! takde motif kan. Suka hati.


Salam alaikum.



Tuesday, 12 March 2013

New Familia

Assalamualaikum..

Hajat dihati memang nak mengarut2 kat blog nie, tapi baru hari ini berkesempatan. Cuti-cuti yang ada telah berlalu dan telah dihabiskan bersama family. Masuk sem baru. Fuhhh! baru first week, dah ada assignment. Ape cerr! Macam ntah pape ntah intro entry kali nie. Ayat pun tunggang langgang sambil menonggeng. Ahh, suka hati.

Baru-baru nie, kakak aku ada bawak balik ahli baru dalam family. So, semakin ramai lah ahli keluarga aku. Dan juga meriah. Meriah?? yup, memang pun. Setiap kali tinggalkan rumah je, bila balik rumah mesti macam tongkang pecah. Siapakah mereka ini?? Jeng..Jeng..Jeng..

Mereka adalah 3 ekor kucing (Dabu, Charm & Blackie) yang kakak aku telah adopted dari sepasang suami isteri. Pasangan suami isteri nie telah adopted kan kucing beliau kat kakak aku sebab dorang tak dapat nak bawak balik mereka bertiga nie. So, sejak dari itu, kakak aku pun jagalah mereka nie haaa. Mereka bertiga nie satu family. Dabu + Charm = dapat lah Blackie (Hairan dengan warna nya selepas pengabungan)

DABU

Dabu

Dabu nie kucing jantan. Umurnya lebih kurang 5 tahun. Dabu merupakan species persian. Nak tau parsian atau tak, tengok je la hidung kemek si Dabu nie. Dabu nie jenis yang cepat sensatif dengan persekitaran dia. Hari tue mase malam tahun baru cina, so standard la orang bakor membakor mercun nie kan. Dabu siap menyorok2 sebab terlalu takut sangat.


CHARM

Charm..Posing macam model..

Charm nie kucing betina. Charm nie species Siamese. Umur Charm mybe dalam lingkungan 2-3 tahun. Tak sure. Charm nie sangat cepat mesra dengan orang disekeliling dia. Charm nie sangat rajin menolong Dabu. Dabu selalu berak dekat bekas pasir yang ktorang sediakan. Tapi,lepas Dabu berak, Dabu memang tak reti nak kambus balik najis dia. Hidung Charm pula sangat sensatif pada bau-bauan. Tapi takpe, si Charm nie la yang akan tolong Dabu kambuskan balik najis si Dabu dengan pasir. So, setiap hari, si Charm akan buat benda yang sama. Baik kan Charm! :)


BLACKIE

Blackie yang gemok!

Blackie nie jantan. Umur Blackie lebih kurang dalam 2 tahun setengah. Blackie terhasil daripada hasil perkongsian hidup antara Dabu dan Charm. Haa, pelik kan..Tiba-tiba je keluar gelap gulita. Hahaha. Tapi sebenarnya, Blackie nie bukan hitam pun. Kalau diperhatikan, warna bulu dia adalah warna coklat kehitam hitaman @ coklat gelap. Blackie sangat sayang pada mak dia (Charm). Dia memang suka duduk sekali dengan Charm. Tidur sama2, mandi sama2, main sama2. Kadang-kadang, Blackie nie sangat kelakar. Dia suka duduk kat tempat-tempat yang gelap. so, orang susah nak jumpa dia. Bila panggil2 nama dia, Blackie memang akan duduk senyap je. Seolah-olah tak dengar apa-apa. Sampai nak tercabut anak tekak nie ha, belum tentu Blackie menjawab.




Tanda kasih sayang Charm & Blackie yang tidak berbelah bagi..



Kakak aku memang suka buat benda pelik-pelik kat kucing dia. Salah satu nya, bila kakak aku bawa Blackie ke tepi pantai. Haha! Blackie dah konfirm mengelabah kan. Walaupun berbadan gemok, tapi hati tetap tisu.

 Berkelah ditepi pantai..kih3


Orang2 nie selalu tak nak kucing yang warna hitam. Ada yang kata bawa malang lah..bawa sial lah. Bagi aku, ape yang terjadi, adalah kuasa ALLAH. So, kita tak payah lah nak cakap sial ke, ape ke. Tapi, dah kalau tak suka, mandul kan je kucing yang warna hitam nie. Nanti mereka nie takde lah beranak pinak & jadi kucing jalanan dan terbiar ditepi jalan. Sebenarnya, kucing hitam nie sama saje macam kucing lain. Cuma yang membezakan,warna dia hitam. Tak menarik macam kucing lain.

Dulu, aku pun punya perspektif yang negetif pasal kucing warna hitam nie. Tapi, sejak aku tengok kakak aku bela dan jaga Blackie macam kucing2 yang lain, tanggapan aku mula berubah. Kakak aku dah mengubah mindset aku dengan kucing berwarna hitam ini.

Sama juga macam manusia. Kita manusia nie sama saje di sisi ALLAH. Tak kira, warna kulit yang putih ke, hitam ke, neutral ke. Semua sama sahaja di sisi ALLAH. Hanya amalan dan kebaikan akan dikenang oleh ALLAH.


Salam.
PEACE.
#Doakan untuk Sabah.




Thursday, 31 January 2013

Kenapa Manusia Diuji?

Assalamualaikum..

Ramai orang bertanya kenapakah mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ? Persoalan seperti itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah diri dan mengerti tujuannya hidup di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk : 2)

Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?

“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).

 Atau sebenarnya kita ingin memprotes dan mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan solat, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan sepatutnya hidup kita tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar kita boleh hidup dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)


Ujian yang datang daripada Allah membawa dua tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan. 

Ianya memberikan rahmat apabila manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada amal dan perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.

Ujian seperti ini meningkatkan/meninggikan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta menghapuskan dosanya dan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,

Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Manakala ujian yang kedua pula memberikan musibah dan penyebab kepada kehancurannya di dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk menjauhkan seseorang daripada agama dan mengeluarkannya daripada jalan Allah.

Firman Allah SWT : “Mereka berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)

Kita semua akan diuji kerana itu merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak.

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah

Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.

Ini berdasarkan hadith daripada Anas ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka akan disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki keburukan kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya agar dibalas pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)

Sabda nabi salallahualaihiwassalam lagi,

Maksudnya : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan musibah.” (riwayat Al-Bukhari)

Manakala orang yang munafik dan tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian sehingga menemui Allah SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak beriman dan tidak beramal. 

Bahkan Allah menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka.

Apabila Allah menguji hamba-hambaNya itu bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita bertaubat dan kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan dipandang bahawa orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu sebagai orang yang bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang yang telah diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Ujian itu tanda cinta !


 #Amanah adalah satu benda yang susah untuk dipikul. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan ku..Amin Ya Rabb.

Sunday, 13 January 2013

Padang Dan Cermin Dirimu Kembali..

Assalamualaikum..


Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur. Bagaimana kedasyatan siksaanny? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya. Lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya.


Sakarat….. Sakaratul Maut….
 

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur..sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita.

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)


Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

Metode Menjemput Kematian…

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…


Fasa-Fasa Alam Kubur

Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?... dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…

Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK...

Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…


Tragedi… Siksa Kubur

“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).

“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…

Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…

Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…

Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…

Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…


Sebab-Sebab Siksa Kubur…

Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :

1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh

“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”

Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…

Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…

Sumber HERE



************************************************************************************


Aku berkongsi cerita di atas untuk peringatan aku dan juga yang lain. Bukan untuk bermaksud untuk tunjuk poyo, alim, hebat, bagus, lagak seperti ustazah. Tak sama sekali. Nie semua untuk renungan bersama. Aku rasa, aku perlu kongsi cerita nie untuk membaiki diri aku yang serba kekurangan nie. Kita renung balik, ape yang dah kita lakukan dari kita mula lahir sehingga ke hari ini. Satu2 nya pelajaran yang paling berguna dan bagus ialah bila kita mengingati mati. Banyak perkara yang aku rasa aku masih jahil. Masih tak tahu. Sekarang, aku cuba memperbaiki diri. Apa yang kita buat sekarang di dunia nie, akan memberi kesan pada diri kita dimasa hadapan. 

Kisah tentang remaja yang dikeluarkan dari kubur juga boleh dilihat disini HERE Dekat sini, korang boleh tengok, rupa remaja tersebut selepas kuburnya digali semula. Walaupun baru beberapa jam, tepi macam dah 100 tahun didalam kubur. Ya ALLAH, hanya tuhan sahaja yang tahu mengapa ianya berlaku. Cerita nie bukan nak mengaibkan siapa2, tetapi untuk renungan kita sama2. 


p/s : Masih cuba memperbaiki diri. Semoga ALLAH mempermudahkan niatku ini.

Salam.


Monday, 31 December 2012

Surat Untuk Ayah


Assalamualaikum ayah..

Dah seminggu lebih dah ayah tiada bersama kami. Nampaknya sukar hari2 yang seha lalui tanpa ayah. Seha ibarat budak yang baru nak belajar merangkak, bertatih, berdiri, berjalan, berlari. Semuanya seha kena belajar,kena tahu. Kalau dulu semua urusan ayah yang uruskan. Tapi sekarang tak lagi.

Dulu, seha selalu merungut dalam hati. Tapi seha tak luahkan di mulut ini. Kenapa seha kena ikut, temankan ayah pergi sana, pergi sini. Kadang2, sampaikan nak baiki kereta pun ayah ajak seha jugak. Walaupun, mungkin seha fikir, pergi bengkel kereta tu bukan sepatutnya kerja perempuan, tu kerja lelaki. Dulu, seha tak faham. Tapi sekarang, seha dah mula faham kenapa. Ayah nak ajar seha. Ayah nak ajar seha semua benda.

Dulu. Kalau seha balik dari Johor je, benda pertama yang kita berdua buat mesti berborak. Kita mesti berborak sakan. Ada je benda yang kita berdua nak kongsi sama2. Ayah mesti cerita pasal tu lah, ni lah.Ada saje ceritanya. Tapi, itu dulu. Sekarang, saat itu dah menjadi kenangan. Sekarang dah takde lagi.

Ayah, minggu depan seha dah start final exam. Dulu, seha selalu mintak restu dari ayah dan ibu. Minta ayah dan ibu doakan seha boleh jawab final exam. Tapi, itu dulu. Sekarang dah takde lagi. Hanya doa ibu yang mengiringi seha ke dewan peperiksaan.

Ayah. Orang cakap, muka seha ada iras2 macam wajah ayah. Kita berkongsi wajah yang hampir serupa. Lepas nie, kemana saje seha pergi, seha akan bawa wajah ayah ini kemana saje. Mungkin lepas nie, ibu akan tengok wajah seha, sama macam ibu tengok ayah. Hari tu, seha pergi tempat kerja ayah. Seha tak payah kenalkan diri pun, orang dah boleh cam seha nie anak kepada siapa.

Lepas nie, seha cuma ade ibu je. Seha akan jaga ibu sama macam ayah jaga ibu. Insha ALLAH sebaik mungkin. Seha akan jaga kak fana, faris & adik sama macam ayah jaga dorang semua selama nie. Ayah sangat kuat dan tabah. Ayah boleh hadapi masalah seorang diri. Seha pun kena kuat dan tabah macam ayah.

Ayah, alam kita sudah berbeza. Insha ALLAH, al-quran dan doa akan menjadi pedoman dan bekalan untuk ayah disana. Mungkin ini sahaja yang seha mampu tolong ayah disana. Selagi hayat ini masih bernyawa. Insha ALLAH. Kalau ada anak2 ayah yang lain lupa, Insha ALLAH, seha akan ingatkan mereka. Selagi terdaya. 

Masa talkin dibacakan untuk ayah, sayu hati ini. Bait2 talkin tu seha masih ingat lagi. Selamat tinggal saudaraku. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Sekarang, alam kita sudah berbeza. Dari mana asal kita, disitu jugalah kita kembali. Dari tanah kita terjadi, dan kepada tanah juga kita kembali. Wahai saudara ku, janganlah kau lupa. ALLAH itu Tuhanmu, Muhammad itu nabimu, solat itu tiang agamamu, Mekah itu kiblatmu, kiamat itu tempat perhitungan amalan-amalanmu. Wahai saudaraku, hidup itu pasti. Mati itu pasti. Kiamat itu pasti. Setiap orang akan melaluinya suatu hari nanti. Semua itu peringatan untuk diri seha juga.

Seha redha dengan dugaan ini. Pasti ada hikmah disebaliknya. Seseorang ada berkata pada seha, jangan kita ambil dugaan dan ujian itu dari sudut negetif. Tapi, ambil dari sudut yang positif. Dia cakap lagi, setiap dugaan dan ujian yang datang dari ALLAH, pasti ada kebaikan disebaliknya. Insha ALLAH. Orang disekeliling keluarga kita pun baik2 juga. Kawan2 ayah juga baik2. Banyak yang datang membantu. Ada yang datang jadi imam untuk baca yassin dan tahlil. Semua yang datang sangat sebak. Seperti tidak percaya. Sepupu ayah yang sangat rapat dengan ayah,pun datang juga. Dia tak pernah terlepas satu malam pun, untuk datang baca yassin dan tahlil tiga malam berturut2. Seha belajar sesuatu dari situ, What you give, You will get it back.

Ayah, selamat tinggal. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti, kita semua akan berjumpa juga disana. Doa dan ayat al-quran akan mengiringi ayah disana. Assalamualaikum ayah.


YANG BENAR,
Anakmu.


26.06.1958 - 22.12.2012








AL - FATIHAH











Sunday, 16 December 2012

12.12.12 - Pre Graduation Night (PGN)

Salam.

Ahaaa~~ dua post dalam satu hari. hahaha..nampak tak over tu kat mane? ahaha! Peduli hape kan. Okey, berbalik kepada motif asal. Nak bercerita pasal PGN yang berlangsung pada 12.12.12 di Dewan Sri Temenggong (DST). Cantik kan tarikh dia. Rektor kampus aku cakap dah macam tarikh orang kawin, so ape kata kita buat dinner. So, berlangsung lah. Tema dinner kali nie, busana muslim & muslimah. So, boleh tengok banyak lah pak arab celup malam tu. Siswi pun tak kurang hebat nye. Berjubah & macam2 lah. Aku cuma pakai yang simple je. Jubah & tudung. settle, dah boleh pergi dinner. sebab preparation utuk pergi dinner pun last minute. 


Tadaaa!!

Sebenar nye, ktorang tak dibenarkan snap pic mase majlis berlangsung. Macam biasa. Ikut suka aku je. Suka hati lah kan. hahaha!!


Bersama kawan yang ohsem!

Dila.






Fatin


Pain


Cheta

Menu untuk dinnar..okey lah..

Dessert time!

King & Queen of the night

Hadiah untuk King & Queen of the night - Simpanan Premium BSN bernilai RM 100. wuhooo~~



Bersama King of the night
All Black...

All white..weeee~~

Jumpe jugak kawan2 WIEF..

Kami..


Kak Yani yang comel..hehe

Dengan nina yang sporting

Pengantin baru, Zara

Dila..tapi malap la pulak..

Jejaka 5A..Batas spoil,lari tema..Dia sorang je warna merah..hahaha

Claz rep, Farah









Finally, 3 of us. takde orang lain interframe.haha

Kina claz B

Okey..Pic kat bawah nie ekslusif. Ekslusif lah sangat kan. Tak kan dapat kat mane2. Even kat FB aku pun takde. aku memang suka pic kat bawah nie. comel ngat ngat..haha..Ktorang buli Cik Ted Fatin.



Iyah..iyah..tarik telinga dia...haha

Nampak tak sekarang Cik Ted dah bertukar posisi..hahaha

Ehehe..

Lastly...


Terima kasih kawan2..kamu semua memang nice and ohsem!!