Thursday, 31 January 2013

Kenapa Manusia Diuji?

Assalamualaikum..

Ramai orang bertanya kenapakah mereka diuji sedangkan mereka tidak berbuat salah apa-apa ? Persoalan seperti itu tidak wajar keluar dari lisan seorang hamba yang menyerah diri dan mengerti tujuannya hidup di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT : “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al-Mulk : 2)

Hidup ini ialah untuk diuji lalu kenapakah kita mesti mempersoalkan mengapa Allah menguji kita dan mengaitkannya dengan kesalahan-kesalahan tertentu ? Apakah mesti ada kesalahan baru berhak diuji ? Adakah jika kita melakukan semua perintah Allah maka kita akan terselamat daripada diuji ?

“Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. (tambahan dalam riwayat yang lain menyebut) Tidaklah hilang bala itu pada seseorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya.” (hadith riwayat Ahmad, tirmidzi dan Ibn majah,).

 Atau sebenarnya kita ingin memprotes dan mempertikaikan kenapa kita diuji kerana kita telah menunaikan solat, melaksanakan perintah Allah dan sebagainya lalu kita mengharapkan sepatutnya hidup kita tidak lagi diganggu oleh Tuhan dengan apa jua ujian agar kita boleh hidup dengan senang dan bahagia di atas muka bumi ini ?

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)


Ujian yang datang daripada Allah membawa dua tujuan iaitu rahmat dan kebinasaan. 

Ianya memberikan rahmat apabila manusia berjaya mengharunginya dengan keimanan dan kesabaran serta lulus pada amal dan perbuatannya sesuai dengan apa yang Allah kehendaki.

Ujian seperti ini meningkatkan/meninggikan kedudukan seseorang di sisi Allah SWT serta menghapuskan dosanya dan memberikan peluang kepadanya untuk mendapatkan syurga Allah SWT.

Sabda nabi Salallahualaihiwassalam,

Maksudnya : “Apabila Allah mencintai sesuatu kaum maka Dia akan menguji mereka.” (riwayat Tirmidzi)

Manakala ujian yang kedua pula memberikan musibah dan penyebab kepada kehancurannya di dunia dan di hari akhirat. Iaitu ujian yang berbentuk menjauhkan seseorang daripada agama dan mengeluarkannya daripada jalan Allah.

Firman Allah SWT : “Mereka berkata: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang bersamu." (Nabi) Soleh berkata: "Nasibmu adalah dari sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang diuji."(An-Naml : 47)

Kita semua akan diuji kerana itu merupakan tujuan dan sebab kita diturunkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk diuji agar dapat dilihat siapakah yang beriman dan siapakah yang tidak.

Ujian ialah peluang dan tanda kita dipandang oleh Allah

Firman Allah SWT : “Dan sungguh akan Kami memberikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hanya menguji orang yang dikasihinya atau yang mahu diberikan peluang untuk mereka beramal manakala orang-orang yang kafir dibiarkan dan tidak dipeduli oleh Allah SWt sebaliknya ditangguhkan balasan ke atas kesalahan-kesalahan mereka agar dihukum di hari akhirat dengan hukuman yang berat. Sedangkan orang yang beriman akan diuji sehingga dosa dan kesalahan mereka terhapus lalu dibangkitkan pada hari akhirat dengan keadaan suci bersih dari dosa.

Ini berdasarkan hadith daripada Anas ra yang menyebut bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda yang bermaksud apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba maka akan disegerakan hukuman terhadapnya di dunia dan jika Allah mengkehendaki keburukan kepada hambaNya maka dia akan menangguhkan hukuman terhadap dosanya agar dibalas pada hari kiamat.”(riwayat Hakim)

Sabda nabi salallahualaihiwassalam lagi,

Maksudnya : “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah dengan kebaikan maka dia akan ditimpakan dengan musibah.” (riwayat Al-Bukhari)

Manakala orang yang munafik dan tidak beriman, mereka diberikan kesenangan dan kelalaian sehingga menemui Allah SWT dalam keadaan sia-sia dan menderita akibat tidak beriman dan tidak beramal. 

Bahkan Allah menyebut di dalam Al-Quran, yang bermaksud : “Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?” (At-Taubah : 126) Kata Imam Ibn Katsir, yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah orang-orang munafik diuji dengan kelaparan dan penyakit setahun sekali atau dua kali. Menandakan sangat sedikit mereka diuji sehingga menimbulkan kelalaian dan keangkuhan dalam diri mereka.

Apabila Allah menguji hamba-hambaNya itu bermaksud Dia masih memberikan peluang dan kesempatan untuk kita bertaubat dan kembali kepadaNya serta mengambil pelajaran. Oleh itu jangan dipandang bahawa orang yang hidupnya tiada masalah, sempurna dan selesa itu sebagai orang yang bertuah atau mendapat rahmat sebaliknya mereka itulah orang yang telah diabaikan dan terlepas peluang dari mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Ujian itu tanda cinta !


 #Amanah adalah satu benda yang susah untuk dipikul. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan ku..Amin Ya Rabb.

Sunday, 13 January 2013

Padang Dan Cermin Dirimu Kembali..

Assalamualaikum..


Bagaimana suasana malam pertama di alam kubur. Bagaimana kedasyatan siksaanny? Dosa-dosa apakah yang menyebabkan siksaan kubur? Bagaimana kaedah menjemput kematian terindah?

“Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, Wahai jiwa yang tenang, Pulanglah kehadrat Tuhan mu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuk pula dalam syurga-Ku…”Pada hari itu ia begitu bahagia, menikmati indahnya alam ciptaan Allah, bersama anak dan keluarga, penuh keceriaan, hidup dalam kesenangan dan kehidupan yang terjamin, tertawa melihat telatah anak-anaknya, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya. Lalu tiba-tiba ia didatangi oleh suatu malam, malam disaat dia dijemput oleh kematiannya.


Sakarat….. Sakaratul Maut….
 

“Dan datangnya sakaratul maut itu benar… Itulah yang kamu selalu lari dari padanya… Ditiuplah sangkakala Hari terlaksananya Ancaman… Setiap jiwa datang dengan malaikat yang jadi saksi… Sungguh kami lalai akan kenyataan ini… Maka kami singkapkan kakitanganmu, pada hari itu hingga penglihatanmu menjadi jelas” (Qaf: 19-22).

Malam itulah malam pertama ia berada dalam alam kubur..sendiri dikecam oleh kesunyian, tanpa anak dan isteri/suami juga sahabat karib… yang ada hanyalah amal… inilah malam pertama anak kita menjadi yatim, dan isteri/suami kita menjadi janda/duda… malam pertama yang menggusur dari tempat tidur yang empuk menuju dinginnya tanah berselimutkan kafan… inilah malam yang mengusir kita dari rumah mewah dan megah.. menempati liang lahad yang gelap dan sempit… kelmarin malam kita masih berpesta, makan dan minum bersama sahabat karib… tiba-tiba kita masuk pada malam pertama dimana kita menjadi santapan cacing tanah dan serangga… pada malam ini kita baru sedar.. Ternyata… HARTA, KELUARGA, PEKERJAAN yang keras kita mencarinya sampai lalai dari mengingati Allah… tidak sedikitpun daripada semua itu menemani dan membela kita.

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)


Inilah malam episod pertama dari alam akhirat, kuburan boleh menjadi taman syurga, sebaliknya ia boleh menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka… inilah kematian datang dengan tiba-tiba… ia datang tepat pada waktunya… tidak lambat dan tidak cepat… meragut dengan paksa, melenyapkan segala nikmat dunia.. tidak pernah menilai kita tua atau muda, kaya atau miskin, sihat atau sakit… ia datang untuk mengeluarkan manusia dari alam kehidupan yang selama ini kita jalani.. ketahuilah rumah yang kukuh dan megah tidak akan mampu membentengi datangnya sang pencabut nyawa…

Banyaknya wang di bank tidak mampu memberi rasuah kepada Malaikat untuk undurkan waktu kematiannya… inilah realiti kematian… sudah bersiapkah kita menghadapi malam pertamanya… Bukankah Rasulullah Saw ada bersabda “ Orang yang bijak adalah yang sentiasa mengingati mati di antara kamu, dan ada bekalan setelah kematiannya..” Marilah kita siapkan bekalan untuk menjadi penyinar di alam kubur nanti… demi Allah, tiada yang sanggup menerangkannya melainkan dengan iman dan amal yang soleh..

Metode Menjemput Kematian…

“Kematian adalah nasihat terbaik dan guru kehidupan, sedikit sahaja kita lengah dari memikirkan kematian, maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan”

Sesungguhnya manusia telah memilih bagaimana akhir hidupnya… dan pilihan itu ada pada bagaimana ia menjalani kehidupannya… sebagaimana ia menjalani kehidupannya seperti itulah berakhirnya kematiannya… kerana sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang menuju kepada kematian kita…

Pernahkah kita mendengar berita tentang seorang penzina mati di katil hotel diatas perut pasanganya… seorang penagih dadah mati ketika menghisapnya… dan para penjudi mati diatas meja judinya… begitu juga kita pernah mendengar ahli ibadah mati di atas tikar sejadahnya…

Alangkah malangnya, saat ajal tiba kita masih berlumur dosa berbalut nista… inilah malam pertama kita DI ALAM KUBUR… sendiri, di cekam sepi gelap yang tidak pernah terbayang… hilanglah sudah… semua gemerlapnya DUNIA… RUMAH dengan jerih payah bertahun-tahun telah kita bangunkan… ISTERI/SUAMI dan pengabdiannya begitu tulus… ANAK, yang padanya darah daging kita… ORANG TUA yang titisan kasih sayangnya.. mengalir di tubuh kita… dan PEKERJAAN, yang bermati-matian kita habiskan waktu untuknya… KERETA MEWAH yang selalu menjadi kebanggaan… tapi kini hari itu telah pergi… masa pun telah tiada… yang tersisa hanya dosa… yang terus terbayang…

TERINGAT… akan ISTERI/SUAMI yang sentiasa dinafikan hak-haknya… ANAK, yang telah kita kotori tubuhnya dari nafkah yang HARAM… ORANG TUA, yang di sisa hidupnya belum sempat dibahagiakan… SAHABAT KARIB, yang meminta bantuan kita biarkan… dan KAWAN-KAWAN, yang telah banyak kita kecewakan…

Ya ALLAH, masihkah ada hari milik-Mu untukku… agar boleh ku lunaskan segala urusan… lilitan hutang yang belum terbayar… banyaknya AMANAH dan KEPERCAYAAN yang tidak disampaikan… beribu JANJI yang sering diingkari… dan WANG RASUAH, yang telah kita nikmati dan kita bagi… namun kini, PINTU-MU… sudah tertutup rapat… bertaubat sudah terlambat, menyesali diri sudah tidak bererti… dan tinggallah sendiri menanggung beban DOSA dan KESALAHAN yang tidak terMAAFKAN… merasakan PENDERITAAN yang PANJANG yang tiada berakhir… SEKARANG, adakah dalam hati kita MATI itu sebagai PENASIHAT..??? Semoga selagi masih ada waktu…


Fasa-Fasa Alam Kubur

Kesempitan kubur, pertanyaan malaikat, azab atau nikmat kubur, ditempatkannya ruh dan kebangkitan…

Alam kubur adalah alam perantaraan kehidupan dunia dan akhirat yang dimulai setelah kematian dan berakhir selepas kebangkitan… selama masa ini, seorang yang beriman merasa bahagia… sementara orang kafir merasa sengsara… orang yang sudah mati akan dihimpit dalam kubur… siapa pun ia kafir atau muslim akan merasakan himpitan kubur… bezanya penyimpitan yang dirasakan seorang mukmin tidak berlaku selamanya, tidak seperti orang kafir yang akan berterusan himpitan kuburnya sampai hancur tulang-tulangnya…

Sebagaimana sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya kubur itu memiliki himpitan, seandainya ada orang yang selamat darinya, maka selamatlah Sa’ad Bin Mu’adz…” Sa’ad Bin Mu’adz akan mengalami himpitan kubur, padahal ia adalah seorang pemimpin penuh kemuliaan, kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, Kasyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat…

Hadis yang diriwayatkan oleh Nasa’I dari Rasulullah SAW: “Kematiannya menggoncangkan ‘Arasy, dibukakan baginya pintu-pintu langit, pintu yang banyak, Kesyahidannya disaksikan oleh 70 ribu malaikat, maka sungguh ia mengalami himpitan kubur, kemudian Allah melapangkanya.”

Apabila Sa’ad Bin Mu’adz seorang pemimpin yang besar, hamba Alah yang soleh dan mendapatkan mati Syahid mengalami himpitan kubur… bagaimana dengan kita..? Allahuakhbar… Ya Allah Terimalah taubat-ku… selamatkanlah aku dari azab kubur…

Rasulullah SAW bersabda “Seorang manusia apabila diletakkan dia di dalam kuburnya dan sahabatnya berpaling pulang sedang ia mendengar suara sandal mereka akan datang kepadanya dua malaikat dan mendudukkannya dan bertanya… SIAPAKAH TUHAN-MU…?, SIAPAKAH NABI-MU…?, APAKAH AGAMA-MU…?... dia menjawab, ALLAH ADALAH TUHAN-KU… MUHAMMAD ADALAH NABI-KU… ISLAM ADALAH AGAMA-KU…

Terdengarlah seruan dari langit, “Benar.. Hambaku, hamparkan baginya tikar dari syurga, lalu angin dan wangi syurga datang kepadanya kemudian kubur diluaskan seluas mata memandang, seorang yang rupawan datang menemaninya, yang tiada lain itulah amal solehnya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan Baihaqi).

Benarkah kita… boleh menjawabnya…? Dari lisan yang jarang menyebut Asma-Nya… dan ibadah yang sering kita remehkan… Serta sunnah Rasul… yang kita abaikan… pada saat itu… kita hanya mampu menjawab… TIDAK… TIDAK… TIDAAAKKKKK...

Terdengarlah suara penyeru dari langit… Hambaku ini seorang pendusta… Hamparkan padanya tikar dari api neraka, bukakan baginya pintu neraka, panas dan keringnya neraka mendatanginya… Kubur disempitkan sampai pecah tulang-tulangnya… seorang berwajah buruk berpakaian buruk dan berbau busuk datang kepadanya… Yang tiada lain itulah amal buruknya…


Tragedi… Siksa Kubur

“Aisyah Ra bertanya tentang azab kubur, Rasulullah SAW menjawab: Ya, azab kubur pasti ada.” (HR. Bukhari – Dalam Kitab Al-Janaiz).

“Aisyah Ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa dalam solatnya, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur…” (HR. Mutafaqun Alaih).

“Ketika orang-orang yang derhaka kepada Allah tidak mampu menjawab pertanyaan malaikat, lalu ia dipukul dengan besi… hingga ia menjerit dengan teriakan yang sangat keras… didengar oleh semua makhluk Allah, kecuali Jin dan Manusia,” (HR. Bukhari dan Muslim).

Saatnya kita menyaksikan… kejadian nyata tentang siksa kubur yang berlaku di Jazirah Arab… Seorang pemuda yang dikeluarkan dari kuburnya setelah beberapa jam dia dikuburkan… Akibat mengalami azab kubur, pemuda tersebut telah berubah wajah dan jasadnya… Pemuda tersebut merupakan remaja muslim yang meninggal pada usia 18 tahun… seorang pemuda yang rosak akhlak dan agamanya… dan sering melalaikan solat… hampir tiga (3) jam pemuda tersebut dikuburkan, pihak keluarga meminta kubur tersebut digali semula untuk keperluan tertentu…

Dan apa yang terjadi selepas mayat tersebut dikeluarkan… pandangan yang sangat mengaibkan… Rambut yang hitam menjadi putih… Dari mulut dan hidung keluar darah yang masih merah pekat… seperti baru mengalami siksaan kubur yang sangat keras… seperti ada yang memukul dibahagian belakang kepalanya… dengan wajah seperti dilemas dan membeku…

Bagi seorang muslim… ini adalah pengajaran yang sangat-sangat berharga agar segera memperbaiki hidupnya… dengan bertaubat dari dosa-dosa yang telah dilakukan…

Sementara itu… sebagai pengajaran dan iktibar untuk kita…

Suara jeritan jutaan manusia di alam bumi yang lain… di sebuah lubang galian yang berada di daerah Siberia… Dr. Azzacove bersama kumpulannya telah melakukan sebuah kajian tentang pergerakan perut bumi di daerah Siberia, Rusia… kemudian mereka memasang alat pembesar suara supersensitive untuk mendengar suara pergerakan perut bumi… sebuah penemuan yang sangat mengejutkan, ketika mesin penggali sampai pada salah satu perut/kulit bumi… dari ruang/alam bumi yang lain, terdengar suara manusia berteriakan sangat keras dalam kesakitan… bahkan suara jeritan itu jumlahnya bukan seorang tetapi ribuan bahkan jutaan orang… sebagai seorang muslim kita tidak akan ragu lagi bahawa suara tersebut adalah suara manusia yang sedang disiksa di ALAM KUBUR…


Sebab-Sebab Siksa Kubur…

Ibnu Qoyyim Rahimahullah, dalam kitab Ar-Ruh menyebutkan ada beberapa dosa dan maksiat yang dapat menyebabkan kita disiksa di ALAM KUBUR, diantaranya :

1. Melalaikan Solat
2. Membaca al-Quran kemudian melupakannya
3. Tidak bersuci setelah membuang hadas kecil
4. Berkata bohong
5. Tidak membayar zakat
6. Corak kehidupan yang berlebih-lebihan
7. Memakan riba
8. Rasuah
9. Memfitnah sesama saudara muslim
10. Khianat terhadap amanah
11. Enggan menolong sesama muslim
12. Meminum arak
13. Berzina
14. Membunuh

“Wahai anak Adam… Sesungguhnya apa yang kau minta dari-Ku… dan yang kau harapkan dari-Ku… Ampunan-Ku bagimu yang meminta dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Meskipun dosamu sepenuh petala langit… kemudian engkau meminta ampun pada-Ku… Ampunan-Ku bagimu dan tidak bagi yang enggan…”

“Wahai anak Adam… Seandainya kau datang pada–Ku dengan kesalahan seluas bumi… kemudian engkau datang kepada-Ku… dan tidak berbuat syirik pada-Ku dengan sesuatu pun… Sungguh Aku akan berikan kepadamu ampunan…”

Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku… Ya Allah… terimalah taubatku…

Alangkah bahagianya… seandainya maut menjemput kita sedang berurai air mata merasakan manisnya iman dalam sujud penghambaan… rindu akan perjumpaan dengan-Nya…

Alangkah indahnya air mata yang selalu berlinang dari munajat seorang anak soleh kepada Allah… Merindukan kemuliaan dan keselamatan bagi kedua orang tuanya… taburan doanya menjadi cahaya yang menerangi dari gelapnya ALAM KUBUR…

Doa-doanya menghantar kepulangan orang tuanya pada Allah dalam Husnul Khatimah… rintihan dan munajatnya menjadi benteng yang kukuh sebagai penghalang dari azab dan siksa kubur… Doa yang tiada terputus mengalir dari ketulusan dan keheningan hati agar orang tuanya dalam kasih sayang Allah…

Sumber HERE



************************************************************************************


Aku berkongsi cerita di atas untuk peringatan aku dan juga yang lain. Bukan untuk bermaksud untuk tunjuk poyo, alim, hebat, bagus, lagak seperti ustazah. Tak sama sekali. Nie semua untuk renungan bersama. Aku rasa, aku perlu kongsi cerita nie untuk membaiki diri aku yang serba kekurangan nie. Kita renung balik, ape yang dah kita lakukan dari kita mula lahir sehingga ke hari ini. Satu2 nya pelajaran yang paling berguna dan bagus ialah bila kita mengingati mati. Banyak perkara yang aku rasa aku masih jahil. Masih tak tahu. Sekarang, aku cuba memperbaiki diri. Apa yang kita buat sekarang di dunia nie, akan memberi kesan pada diri kita dimasa hadapan. 

Kisah tentang remaja yang dikeluarkan dari kubur juga boleh dilihat disini HERE Dekat sini, korang boleh tengok, rupa remaja tersebut selepas kuburnya digali semula. Walaupun baru beberapa jam, tepi macam dah 100 tahun didalam kubur. Ya ALLAH, hanya tuhan sahaja yang tahu mengapa ianya berlaku. Cerita nie bukan nak mengaibkan siapa2, tetapi untuk renungan kita sama2. 


p/s : Masih cuba memperbaiki diri. Semoga ALLAH mempermudahkan niatku ini.

Salam.


Monday, 31 December 2012

Surat Untuk Ayah


Assalamualaikum ayah..

Dah seminggu lebih dah ayah tiada bersama kami. Nampaknya sukar hari2 yang seha lalui tanpa ayah. Seha ibarat budak yang baru nak belajar merangkak, bertatih, berdiri, berjalan, berlari. Semuanya seha kena belajar,kena tahu. Kalau dulu semua urusan ayah yang uruskan. Tapi sekarang tak lagi.

Dulu, seha selalu merungut dalam hati. Tapi seha tak luahkan di mulut ini. Kenapa seha kena ikut, temankan ayah pergi sana, pergi sini. Kadang2, sampaikan nak baiki kereta pun ayah ajak seha jugak. Walaupun, mungkin seha fikir, pergi bengkel kereta tu bukan sepatutnya kerja perempuan, tu kerja lelaki. Dulu, seha tak faham. Tapi sekarang, seha dah mula faham kenapa. Ayah nak ajar seha. Ayah nak ajar seha semua benda.

Dulu. Kalau seha balik dari Johor je, benda pertama yang kita berdua buat mesti berborak. Kita mesti berborak sakan. Ada je benda yang kita berdua nak kongsi sama2. Ayah mesti cerita pasal tu lah, ni lah.Ada saje ceritanya. Tapi, itu dulu. Sekarang, saat itu dah menjadi kenangan. Sekarang dah takde lagi.

Ayah, minggu depan seha dah start final exam. Dulu, seha selalu mintak restu dari ayah dan ibu. Minta ayah dan ibu doakan seha boleh jawab final exam. Tapi, itu dulu. Sekarang dah takde lagi. Hanya doa ibu yang mengiringi seha ke dewan peperiksaan.

Ayah. Orang cakap, muka seha ada iras2 macam wajah ayah. Kita berkongsi wajah yang hampir serupa. Lepas nie, kemana saje seha pergi, seha akan bawa wajah ayah ini kemana saje. Mungkin lepas nie, ibu akan tengok wajah seha, sama macam ibu tengok ayah. Hari tu, seha pergi tempat kerja ayah. Seha tak payah kenalkan diri pun, orang dah boleh cam seha nie anak kepada siapa.

Lepas nie, seha cuma ade ibu je. Seha akan jaga ibu sama macam ayah jaga ibu. Insha ALLAH sebaik mungkin. Seha akan jaga kak fana, faris & adik sama macam ayah jaga dorang semua selama nie. Ayah sangat kuat dan tabah. Ayah boleh hadapi masalah seorang diri. Seha pun kena kuat dan tabah macam ayah.

Ayah, alam kita sudah berbeza. Insha ALLAH, al-quran dan doa akan menjadi pedoman dan bekalan untuk ayah disana. Mungkin ini sahaja yang seha mampu tolong ayah disana. Selagi hayat ini masih bernyawa. Insha ALLAH. Kalau ada anak2 ayah yang lain lupa, Insha ALLAH, seha akan ingatkan mereka. Selagi terdaya. 

Masa talkin dibacakan untuk ayah, sayu hati ini. Bait2 talkin tu seha masih ingat lagi. Selamat tinggal saudaraku. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Sekarang, alam kita sudah berbeza. Dari mana asal kita, disitu jugalah kita kembali. Dari tanah kita terjadi, dan kepada tanah juga kita kembali. Wahai saudara ku, janganlah kau lupa. ALLAH itu Tuhanmu, Muhammad itu nabimu, solat itu tiang agamamu, Mekah itu kiblatmu, kiamat itu tempat perhitungan amalan-amalanmu. Wahai saudaraku, hidup itu pasti. Mati itu pasti. Kiamat itu pasti. Setiap orang akan melaluinya suatu hari nanti. Semua itu peringatan untuk diri seha juga.

Seha redha dengan dugaan ini. Pasti ada hikmah disebaliknya. Seseorang ada berkata pada seha, jangan kita ambil dugaan dan ujian itu dari sudut negetif. Tapi, ambil dari sudut yang positif. Dia cakap lagi, setiap dugaan dan ujian yang datang dari ALLAH, pasti ada kebaikan disebaliknya. Insha ALLAH. Orang disekeliling keluarga kita pun baik2 juga. Kawan2 ayah juga baik2. Banyak yang datang membantu. Ada yang datang jadi imam untuk baca yassin dan tahlil. Semua yang datang sangat sebak. Seperti tidak percaya. Sepupu ayah yang sangat rapat dengan ayah,pun datang juga. Dia tak pernah terlepas satu malam pun, untuk datang baca yassin dan tahlil tiga malam berturut2. Seha belajar sesuatu dari situ, What you give, You will get it back.

Ayah, selamat tinggal. Selamat tinggal untuk selama-lamanya. Suatu hari nanti, kita semua akan berjumpa juga disana. Doa dan ayat al-quran akan mengiringi ayah disana. Assalamualaikum ayah.


YANG BENAR,
Anakmu.


26.06.1958 - 22.12.2012








AL - FATIHAH











Sunday, 16 December 2012

12.12.12 - Pre Graduation Night (PGN)

Salam.

Ahaaa~~ dua post dalam satu hari. hahaha..nampak tak over tu kat mane? ahaha! Peduli hape kan. Okey, berbalik kepada motif asal. Nak bercerita pasal PGN yang berlangsung pada 12.12.12 di Dewan Sri Temenggong (DST). Cantik kan tarikh dia. Rektor kampus aku cakap dah macam tarikh orang kawin, so ape kata kita buat dinner. So, berlangsung lah. Tema dinner kali nie, busana muslim & muslimah. So, boleh tengok banyak lah pak arab celup malam tu. Siswi pun tak kurang hebat nye. Berjubah & macam2 lah. Aku cuma pakai yang simple je. Jubah & tudung. settle, dah boleh pergi dinner. sebab preparation utuk pergi dinner pun last minute. 


Tadaaa!!

Sebenar nye, ktorang tak dibenarkan snap pic mase majlis berlangsung. Macam biasa. Ikut suka aku je. Suka hati lah kan. hahaha!!


Bersama kawan yang ohsem!

Dila.






Fatin


Pain


Cheta

Menu untuk dinnar..okey lah..

Dessert time!

King & Queen of the night

Hadiah untuk King & Queen of the night - Simpanan Premium BSN bernilai RM 100. wuhooo~~



Bersama King of the night
All Black...

All white..weeee~~

Jumpe jugak kawan2 WIEF..

Kami..


Kak Yani yang comel..hehe

Dengan nina yang sporting

Pengantin baru, Zara

Dila..tapi malap la pulak..

Jejaka 5A..Batas spoil,lari tema..Dia sorang je warna merah..hahaha

Claz rep, Farah









Finally, 3 of us. takde orang lain interframe.haha

Kina claz B

Okey..Pic kat bawah nie ekslusif. Ekslusif lah sangat kan. Tak kan dapat kat mane2. Even kat FB aku pun takde. aku memang suka pic kat bawah nie. comel ngat ngat..haha..Ktorang buli Cik Ted Fatin.



Iyah..iyah..tarik telinga dia...haha

Nampak tak sekarang Cik Ted dah bertukar posisi..hahaha

Ehehe..

Lastly...


Terima kasih kawan2..kamu semua memang nice and ohsem!!

Experience.Friends.Enjoyable.Unforgettable.

Assalamuaalaikum sahabat.

Phewww~~ Lame rasa nya tak update blog. Bersarang labah2 pun ada nie haa~~ haha!! Hiperbola lebih la ko Syiha. Yup, betul2. Memang lama sebenar nya tak mengadap blog nie. Busy sikit la nak hujung2 sem nie. Tapi, baru2 nie aku ade join satu event nie. 8th World Islamic Economic Forum. Event nie berlangsung dekat Persada Johor International Convention Centre di Johor Bahru. First time pergi Persada. First time join event yang besar macam nie. 



8th World Islamic Economic Foum (WIEF)





First day sampai kat sana, ada briefing untuk volunteers. Aku ada sikit neves. Maybe aku kat tempat baru. Tapi, bila dah lama tu aku dah boleh sesuai dengan keadaan dan tempat dia. 


After briefing session with all the volunteers

Sebenarnya aku tak plan pun nak join event nie. Rasanya macam kebetulan je. Mula2 aku dapat tau event nie pun dari housemate aku. Tapi, time tu ktorang je borak2 kosong je la pasal nie. Then, my lecturer told me about this event in my class. Tibe2 aku teringatkan pasal "adengan" borak2 kosong ktorang tu. Kalau nak join event nie, kena pergi interview.Housemate aku nie agak "masuk air jugak kepala dia" (jangan marah, bahasa mudah gila2 lah..).

Housemate : Ape kata kita try pergi interview nie..??
Aku : erkkkk..
Aku : okey..tapi takut lah..(aku tak berapa konfiden sebenarnya)
Housemate : It's okey..kita try je..mane tau dapat ke..cube je.. (berkata2 dengan muka bersungguh2..haha)

Sampai hari yang ditunggu2 kan. Interview day. Ohoi hoi..neves tak hengat time nie. Apsal aku neves sangat pun tak tau nape. Mase interview tu ade dua orang interviewer. Sorang dari Malaysia & sorang lagi dari Palestin kot (x ingat dah..). Aku kena interview dengan orang interviewer dari Malaysia. 

NEVES SANGAT. Masuk2 je..Duduk. Name interviewer nie Miss Lulu Hanim. Miss Lulu nie masa mula2 aku tengok, muka dia serius giler. Aku lagi lah cuak. Okey, Miss Lulu dah mula bertanya. Sampai turn aku je, aku dah jadi gagap tak terkata. Maybe Miss Lulu perasan kot aku neves giler. Sampai dia boleh tersengih tengok aku neves. Dia punya soalan simple2 je. Aku pun perasan yang Miss Lulu nie, gelakkan aku. Maybe, obvious giler kot kat muka aku. hahaha..



Rehearsal for opening ceremony
  #Macam mane lah aku boleh tibe2 terlibat same#


Kawan2 Uitm..


Nice..nice..



Assilah, Saleh & Erin...


With Laura (centre)
Laura Wong nie team leader untuk information counter. She is very nice person. She treated us like her own children. She like person who are want to learn something new from her. Dia juga seorang yang helpful person. Aku dapat belajar banyak dari dia. Dia pun dah banyak kot joint event WIEF nie kot. So, no wonder lah dia sangat pandai melayan karenah2 orang yang datang kat information counter tu.


Nice pic..

Appreciation dinner..
Kawan2 yang lain course..haha

With Jackie


Ini ialah Jackie. Dia nie pun boleh diketegori kan sebagai boss aku jugak. #Kat sini, aku special case sikit, sebab aku kena bekerja bawah 2 orang boss..hahaha..yang pelik2 tu selalu akulah# She also very nice person. Mula2 dia jumpa aku je, dia dah gelak kan aku. Sebab dia gelak kan aku?? hahaha..ape lagi kalau bukan CALLER RINGTONE aku. Mase ktorang exchange fon no, dia pelik. Then, dia cakap, apsal bila I call u, ade orang jerit2? Aku pulak leh buat2 xfaham. Hahhh?? jerit?? owhhhh..That's my caller ringtone. Jap ag, dia boleh bantai gelak. How dare she laugh at me. Hahaha..Dia selalu complain pasal caller ringtone aku. She said, u better delete your caller ringtone. It make me stress!! Respon aku, sengeh je..haha!

Berkerja dengan dia sangat best. Aku boleh masuk mane2 tempat .Tapi dengan arahan dia la. Sebab dia pun suka suki je suruh pergi sana sini. Hahaha. Aku selalu rase yang aku selalu buat dia bertambah pening sebenar nye. But, she always said it's okey or "tak pe". Ape2 pun, tak pe bagi dia. haha. Yup, dia sangat baik.

Me: Eh,Jackie..peace sikit..


Booth Cufica!



Okey, nie dekat Cufica booth. Hasil kerja dorang memag nice and Ohsem! Tengok lah kat belakang aku tu. Even though it looks like simple, but their work is nice. Aku suruh sorang nie tolong amik kan pic aku kat sini, pastu lupe nak offer kat dia nak amik gambor dia pulok. hahaha..Sory lah kat orang tu. Takde niat pun nak buat camtu.Bila berjalan2 sebelah booth Cufica nie, suddenly~~~



Actually, Imad tengah melukis Caligrafi dia. Tapi dia sporting je aku nak snap pic dia.
Imad nie sangat berseni orang nye. Bukan pandai menyanyi je, melukis pun sama. Dia nie satu kampung dengan Maher Zain. They are from Lebenon. Mase malam Appreciation Dinner tu, Imad bersalawat. Subahannallah. sedap "ngat ngat" suara dia. Mase pameran nie, dia ade jugak jual hasil2 kerja dia kalau sape2 nak beli lah.

Okey, masa untuk bergambar dengan artis. haha. 

Ultimate yoo!

Singer from Brunei,Fakhrul Razi

Dia malu2 plak bile nak snap pic dia
Aku tak tau name dia ape. Dua kali aku tengok mamat nie buat show kat Marketplace. Unik nye, dia nie rap dalam bahasa arab. Tapi dia dari Malaysia. Nice.



Azzah 3R..Respect, Relax,Respond..hahaha

Sekarang Azzah dah bertudung. Mula2 tengok dia, aku tak perasan pun tu dia. Dia jadi MC mase Appreciation Dinner malam tu. Dia pun baik & friendly. 



She is Nisa Addina.

Nisa nie kalau dia pegang violin dia je,pastu dia gesek vilolin dia..memang superb beb. Bayangkan, dia di train main violin sejak dari kecik lagi. Mane lah tak terer macam sekarang. 



Experience.
Mula2 tu aku tak fikir nak dapat pengalaman pun. Ingat nak pergi for fun je. Tapi, aku fikir why not, aku join untuk gain experience. Memang terlalu banyak pengalaman yang aku dapat. Tak dapat digambarkan dengan kata2. Memang bila joint event macam nie, memang kena ade confident level yang tinggi. Housemate aku selalu cakap, even though tak confident pun, buat2 je macam confident habis. Sume kerja2 yang diorang bagi, cakap je yes, boleh, okey, baik. Walaupun sebenar nye no, tak boleh , it's not okey actually, tidak.hahaha..



Friends.
Ramai kawan yang aku dapat kenal kat sini. Ktorang boleh duduk semeja, makan sama2 walaupun berbeza Universiti, kolej, umur, jantina, bangsa,berbeza negara. langsung tak kenal pun. Tapi still boleh boleh berborak seolah2 macam dah kenal lame. We like one family. Berbeza bila dikampus. kalau kat kampus tu kawan kau tu dari semester 1 sampai last semester, tu je lah kawan kau. tak bercampur dengan orang lain pun. Tapi environment kat sini lain sangat. Sape2 pun boleh jadi kawan.

Enjoyable.
Memang sangat2 enjoy. Bila berkerja dalam satu team. Masing2 mesti tolong each other. Penat tu memang lah. Tapi boleh dikatakan enjoy all the time lah. 

Unforgettable.
Satu2 nye pengalaman takkan aku lupa kan sampai bila2. Great experience. Berkenal dengan ramai orang. Kebanyakan orang yang join nie boleh diketagorikan sebagai orang 'positive thinking'. Mereka selalu fikir dari aspek positive je. Maybe tu kot reason kenapa dorang boleh berjaya macam sekarang. Mereka sangat baik. Walaupun dorang tu berpangkat Dato, Tan Sri, Orang2 kenamaan dari luar negara.



*so, tak rugi lah aku join event nie. Membantu jugak lah dari self confident tu. Last word, It's fun!!*